Jun 11, 2011

Nik Aziz: Negara berkebajikan selari dengan Islam


June 10, 2011



KUALA LUMPUR, 10 Jun — Konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan 
Rakyat khususnya PAS, sebagaimana ditekankan minggu lalu, adalah selari
 dengan kehendak Islam, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu berkata konsep berkebajikan tidak semestinya memberi
 sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk 
kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan 
menutup kelab malam.
Justeru kata Menteri Besar Kelantan itu, kedua-dua perkara tersebut membawa
 kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima 
masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial.
“Islam ini dasar manakala berkebajikan adalah program Islam. Kebajikan 
bukan beri barang,” kata beliau di Kota Baru semalam.
Dipetik Bernama Online, Nik Aziz mengulas kenyataan beberapa pihak 
kononnya PAS sanggup meninggalkan perjuangan asal parti untuk memenangi
 pilihan raya umum dan tindakan itu menurut mereka, menyebabkan sokongan
 terhadap PAS merosot.
Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar 
Tahunan Ke-57 parti itu Jumaat lalu menekankan konsep membangun negara 
berkebajikan.
Penekanan konsep itu dikritik pesaing politik PAS sejak idea tersebut diketengahkan.
Kata Nik Aziz(gambar), berkebajikan itu ialah perkara
yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama
ada di dunia dan di akhirat.

No comments: