May 26, 2011

KJ SEMAKIN 'BIJAK' BERPOLITIK




KJ mencapai kemuncak karier politik
di zaman Pak Lah menjadi PM
KUALA LUMPUR, 23 Mei: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan bersandiwara ketika meminta Pemuda Umno membantah kenaikan harga barang.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, semasa berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dahulu, Khairy menyifatkan kenaikan harga barangan satu keperluan.

Beliau yang juga anggota Parlimen Machang mengulas ucapan Khairy yang antara lain menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat.

Beliau mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan.

"Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihanraya umum semakin dekat. Tiga tahun lepas, Khairy membuat kenyataan yang jauh sama sekali bertentangan dengan kenyataan beliau hari ini," kata Saifudin.



Beliau merujuk ucapan Khairy di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 : "Walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan".

Beliau juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan.

Beliau menambah, walaupun rakyat terpaksa memikul beban hari ini, penstrukturan semula subsidi ini membawa sistem yang lebih adil dengan subsidi yang progresif.

"Harus diingat, petikan ucapan di atas adalah ketika bapa mertua beliau, Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri.

Soalan saya...
  • Kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun?
  • Kenapa ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Khairy terpaksa meminjam hujah Pakatan Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat?
Sehubungan itu, Saifudin percaya, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengabui mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihanraya ke 13. - Harakahdaily

May 23, 2011

KEMPEN PRU-13 SUDAH BERMULA

23 MEI 2011 (ISNIN) Kempen bermula? ya, itu lah yang sedang berlaku di Felda Jenderak Selatan. Hari ini diadakan satu ceramah umum isu semasa anjuran umno kuala krau di sebuah bangunan yang semasa hendak dibina dulu dikatakan adalah untuk kegunaan rukun tetangga tapi setelah siap dinamakan pula BALAI PENERANGAN UMNO. bangunan ini adalah satu kelebihan buat umno kerana terletak hanya kira-kira 40 meter dari pintu sekolah rendah kebangsaan jenderak selatan yang juga merupakan pusat membuang undi untuk peti undi jenderak selatan.

kira-kira 200 orang menghadiri ceramah ini (agaknya dilapor 2000 org oleh sinar hairan esok) yang pengisiannya bukanlah isu semasa tetapi kempen politik sama seperti malam-malam kempen semasa prk n.28 Kerdau dulu. ceramah yang disampaikan oleh penasihat agama kepada menteri besar terengganu itu antaranya mengatakan umno/bn telah melaksanakan islam. bn bina masjid, bn tubuh bank islam.... itulah bukti bn laksana islam. bukan pas yang buat semua tu. sungguh dangkal hujah mereka memperbodohkan rakyat. lesen judi dan arak diberikan oleh bn tidak pula dijelaskan oleh mereka. harga barangan semakin meningkat tidak di usik langsung. apa yang berlaku hanyalah memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat. itulah disebut berulang kali.

kalau dilihat kepada senario sekarang, umno sedang dalam ketakutan dan mungkin sedang berlatih untuk menjadi pembangkang selepas PRU-13 nanti. buktinya pada 1 mei 2011 lepas mereka melakukan demonstrasi membantah program Pakatan Rakyat di sini dan hari ini mereka buat ceramah umum pula.. bukankah itu yang PR buat selama ini. akhirnya umno sedar yang rakyat semakin menolak mereka. TV dan suratkhabar tidak lagi berupaya memanjangkan hayat mereka. agaknya mereka ni mohon permit ke untuk berceramah malam ni? entah la.......

May 18, 2011

Tuduhan Zina

Di dalam peristiwa pertama iaitu tuduhan zina terhadap saidatina `A’isyah radhiAllahu `anha oleh `Abdullah bin Ubay bin Salul, Sheikh menerangkan bahawa ALLAH telah menjelaskan terdapat sebelas ayat di dalam al-Quran, menetapkan bahawa mana-mana tuduhan zina terhadap orang lain yang terpelihara kehormatannya mestilah dikemukakan dengan empat saksi.

Jika pihak yang menuduh tidak dapat mengemukakan empat saksi, maka pihak yang menuduh ini dikira sebagai pendusta atau munafiq di sisi ALLAH Subhanahu wa Ta`ala. Nas secara qat`i telah mensyaratkan perlunya empat saksi dalam hal penuduhan zina seperti ini. Ia mesti dipatuhi.

Adapun tentang penggunaan teknologi moden seperti telefon bimbit, video dan sebagainya, ia tidak boleh diterima sebagai dalil dan saksi di dalam penghakiman syara` dalam isu seperti ini. Pihak yang menuduh, wajib mengemukakan empat saksi. Kegagalan mengemukakan empat saksi oleh pihak penuduh mengakibatkan si penuduh boleh dikenakan hukuman 80 kali sebatan dan dikira sebagai fasiq dan tidak beriman. Penyaksiannya tidak diterima selama-lamanya.

Mula`anah atau Li`an

Di dalam contoh kedua, iaitu dalam peristiwa seorang suami telah menuduh isterinya berzina; walaupun secara asasnya seseorang mesti mengemukakan empat saksi apabila menuduh orang lain berzina, namun dalam hal ini si suami tersebut dibenarkan untuk bermu`alanah tanpa mengemukakan empat saksi.

Dalam kaedah Mula`anah sebagaimana difirmankan ALLAH dalam surah an-Nur di dalam ayat 6 hingga 9, si suami bersumpah dengan nama ALLAH sebanyak empat kali bahawa tuduhan beliau adalah benar. Pada sumpah kelima si suami menyatakan bahawa laknat ALLAH (laknatiLLAH) akan menimpanya jika dia menipu.

Jika si isteri yang dituduh itu menolak tuduhan suaminya, maka si isteri pula turut bersumpah dengan nama ALLAH sebanyak empat kali bahawa tuduhan suaminya itu tidak benar. Dan sumpah yang kelima si isteri menyatakan kemurkaan ALLAH (ghadabALLAH) akan tertimpa ke atasnya sekiranya dia berbohong.

Apabila masing-masing tidak mahu mengaku salah dan saling laknat-melaknat, maka qadhi akan memisahkan mereka berdua. Mereka bukan lagi sebagai suami isteri. Dan mereka tidak boleh meruju` selepas itu atau kembali berkahwin selama-lamanya.

Mubahalah

Sheikh Wahbah telah menerangkan bahawa pada zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, terdapat satu golongan Kristian dari Najran yang selalu berusaha mendatangkan rasa syak kepada ummat ISLAM. Dakwah dan hujah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak mahu mereka terima. Mereka telah mendakwa bahawa Isa `alaihissalam mempunyai sifat ketuhanan di dalam dirinya dan menyatakan bahawa merekalah golongan yang benar. Mereka tetap berdegil dengan pendapat mereka.

ALLAH Subhanahu wa Ta`ala telah menyuruh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam agar bermubahalah iaitu saling laknat-melaknat di antara pihak Nabi dan golongan Kristian dari Najran itu. Hal ini ada diceritakan di dalam al-Quran di dalam surah ali-`Imran, ayat 61. Selepas berfikir dengan panjang dan atas nasihat ketua paderi Kristian Najran tersebut, maka ajakan bermubahalah itu terpaksa mereka elakkan. Mereka risau jika Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam ini benar-benar Rasul, maka akibat dari mubahalah itu nanti akan menyebabkan mereka dan keluarga serta keturunan mereka akan ditimpa bala bencana.

Walaupun mubahalah di atas adalah berkaitan aqidah, namun menurut Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily mubahalah juga boleh dilakukan di dalam hal selain aqidah. Mubahalah dibenarkan sekiranya pihak yang berselisih tetap berdegil dengan hujah masing-masing.

Jika ingin bermubahalah, kedua-dua pihak mestilah di kalangan orang yang adil dan tidak fasiq. Penyaksian orang yang fasiq tidak diterima di dalam ISLAM kerana mereka adalah orang yang menyeleweng dari ajaran ISLAM.

Penyaksian hanya boleh dilakukan oleh orang yang adil. Tiga ciri-ciri orang yang adil yang dinyatakan oleh Sheikh Wahbah ialah:

a-Tidak melakukan dosa besar.

b-Tidak berkekalan melakukan dosa kecil.

c-Tidak melakukan perkara-perkara yang mencarik maruahnya.

Sekiranya kedua-dua pihak yang ingin bermubahalah adalah adil, thiqah, taat kepada suruhan ALLAH Ta`ala, meninggalkan dari dosa-dosa dan selalu menjaga maruahnya, maka layaklah bermubahalah. Sekiranya tidak sekufu, maka tidak perlulah bermubahalah.

Isu Video Seks.

Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily ditanya tentang bolehkah video dijadikan sebagai bahan bukti pendakwaan perlakuan seks? Beliau menjawab bahawa teknologi terkini seperti video tidak boleh digunakan, malah tertolak. Kerana banyak unsur penipuan boleh dimasukkan ke dalamnya.

Ditanya tentang DNA pula, beliau mengatakan bahawa bilangan pakar DNA yang terdapat di seluruh dunia sangat terbatas dan bilangannya terlalu kecil, malah mereka ini tidak boleh dipercayai. Menurut beliau lagi, Majma` Feqh Sedunia telah membuat keputusan bahawa kaedah DNA tidak diterima sebagai pembuktian penghakiman.

Tambahan pula, pakar-pakar perundangan dan hakim seluruh dunia pun memang tidak menerima kaedah DNA sebagai bukti utama, ia hanyalah sekadar hal yang kecil dalam proses penghakiman. Jadi, adakah kita hendak terima kaedah ini, tanpa merujuk kepada nas-nas syara`???

Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily kecewa dengan isu video seks yang tersebar di negara ummat ISLAM.

Apabila Sheikh Dr Wahbah ditanya tentang isu video seks yang diwar-warkan oleh media dan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, beliau dengan tegas menyatakan “Ini adalah Syariat Syaitan!!! Adakah kamu mahukan Syariat ALLAH atau Syariat Syaitan??!!! Jangan sekali-kali. Bahkan Syariat Syaitan ini kita patut letak di bawah kaki kita sahaja (pijak)!”

Beliau berasa sedih dan kecewa dengan situasi ini, seterusnya mengajak agar semua ummat ISLAM merujuk kepada al-Quran. Janganlah dipercayai dengan isu yang digembar-gemburkan tersebut.

Sebagai penyelesaian, hendaklah dilakukan islah menggunakan kaedah terbaik iaitu dengan merujuk kepada al-Quran. Usaha mengislahkan manusia agar kembali kepada ALLAH mestilah dilakukan dengan berterusan. Memahami nas-nas al-Quran sesuai dengan kehendak syara` adalah faktor penting untuk menjayakan usaha islah ini.

Beliau seterusnya mengajak agar ummat ISLAM mengambil iktibar dari apa yang berlaku di sekeliling kita seperti gempa bumi, tsunami dan banjir besar. Dengan melihat dan merenung hikmah kejadian ini, akan mengakibatkan Iman kita bertambah kuat dan taqwa kepada ALLAH. Iman yang benar dan kuat adalah ibarat bukit yang kuat, yang tidak dapat dikalahkan. Masalah ummat ISLAM hari ini ialah iman mereka tidak penuh, tidak kuat dan hanya separuh-separuh sahaja sifatnya. Iman yang benar dan kuat adalah iman yang sentiasa bertambah dengan ketaatan.

Semoga kata-kata dan nasihat Sheikh Wahbah az-Zuhaily ini dapat diambil iktibar yang banyak oleh kita semua.

May 17, 2011

Sukacita dimaklumkan.. Harga Barangan dijamin naik!



Pekeliling mengenai pemansuhan diesel ini telah diedarkan pada 12 Mei lalu dan hari ini secara rasminya Kerajaan telah mengumumkan akan memansuhkan pemberian diesel super subsidy kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan berkuatkuasa pada 1 June ini..

Korang baca betul-betul apa yang tertulis tu.. Dengan hormatnya SUKACITA dirujuk kepada perkara diatas.. PEMANSUHAN KATEGORI KENDERAAN DARIPADA MENERIMA DIESEL SUPER SUBSIDY"..


Itu sebahagian dari surat pekeliling dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna kepada para pengusaha pengangkutan..

Sukanya mereka bila boleh menyusahkan rakyat..

Oleh itu kerajaan UMNO/BN juga sepatutnya mengeluarkan kenyataan SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA BERIKUTAN DENGAN PEMANSUHAN ITU, SEMUA BARANGAN KEPERLUAN AKAN MENINGKAT HARGANYA.."

Sesuai dengan slogan "Rakyat diutamakan, Pencapaian didahulukan".. keperitan hidup pasti akan dirasai oleh Rakyat..siapa yang nak kata tidak akan ada kesan kepada rakyat.. tunggulah hingga bulan june ini..


Kerajaan mansuh ‘Super Subsidy’ diesel sembilan kategori

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel super subsidy kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuat kuasa 1 Jun ini.

Berdasarkan keputusan Majlis Ekonomi pada 9 Mei lepas, kategori kenderaan itu tidak lagi membeli bahan berkenaan pada harga RM1.481 seliter.

Bagaimanapun, kenderaan-kenderaan itu masih lagi menikmati subdisi dengan pengambilan di stesen minyak pada harga RM1.80 seliter.

Kategori kenderaan yang terlibat adalah Kepala Lori (Prime Mover), Kargo Am, Luton Kotak, Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van), Lori-Rigid Minuman Botol, Lori Tangki Rigid-Tepung, Lori Rigid-Refrigerated, Lori Tangki Air dan teksi limosin.

Kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata rasionalisasi pemansuhan itu dilakukan memandangkan trend harga minyak yang terus meningkat sejak Oktober lalu, yang mengakibatkan peningkatan dalam tanggungan subsidi kerajaan.

“Selaras dengan keputusan rasionalisasi pemansuhan ini, kerajaan dianggarkan dapat menjimatkan tanggungan subsidi sebanyak RM659.30 juta bagi tahun ini.

“Bagaimanapun, kerajaan masih menanggung subsidi bagi sektor pengangkutan awam sebanyak RM116 juta,” demikian menurut kenyataan itu dipetik Bernama Online malam ini.

Pun begitu, diesel subsidi untuk pengangkutan awam dan bot penumpang sungai dikekalkan selain turut mengekalkan subsidi petrol dan diesel kepada nelayan.

Katanya, subsidi bagi kenderaan pengangkutan seperti bas ekspres, bas henti-henti, bas pengantara, bas mini, bas sekolah, kereta sewa, teksi, bomba, ambulans dan kenderaan mayat dikekalkan pada harga RM1.481 seliter.

Dalam pada itu, kementerian berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kaedah dan langkah baru pada masa akan datang untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti nelayan.

Oleh kerana itu, katanya, kerajaan mengekalkan subsidi kepada sektor ini pada harga RM1.25 seliter


Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, May 17, 2011

May 16, 2011

Saiful Bukhari - 'Super' wibawa pada Hakim?


skripnya mudah..
"Selagi susuk tubuh Anwar Ibrahim ini tidak dihantar ke penjara.. PRU 13 tidak akan diadakan!"..
So hakim nak tak nak kena follow objektif skrip ini..

perkataan 'Prima Facie' ni dah diluahkan sejak zaman Mendiang Augustine Paul lagi..
Sejak Allahyarham Mokhtar Abdullah lagi...
Sejak Allahyarham Aris Rizal Christoper Fernando lagi...

Dan Malaysia sekali lagi diperingatkan dengan perkataan yang sama hari ni..

Ayuh rakyat Malaysia!
Buktikan 'prima facie' untuk kita nyahkan UMNO-BN jauh-jauh di PRU13 nanti!
budakbalun 16052011

Hakim: Saiful Bukhari saksi benar, berwibawa

Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa beliau diliwat oleh bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disifatkan sebagai “saksi yang benar dan berwibawa”. Pengakuan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memerintahkan Anwar supaya membela dirinya. Ketika membacakan penghakimannya selama dua jam itu, beliau berkata terdapat kes prima facie ke atas Anwar. Menurutnya bukti-bukti yang dikemukakan oleh saksi pakar seperti doktor-doktor dan ahli kimia mentahkikkannya dengan kenyataan Saiful. - Malaysiakini

May 15, 2011

Air Gau dalam kartun Berita Minggu



Air minuman galian Gau yang terkenal dan menjadi kebanggaan orang PAS Pahang khususnya di Temerloh selama ini, hari ini tersiar dalam sebuah kartun yang menggambarkan sedang menjadi rebutan ramai pada ketika ini.

Air yang bersumber daripada pancaran mata air bawah tanah di Kampung Sungai Gau, Temerloh, disahkan mempunyai kandungan mineral yang tinggi mengikut Analisa Kandungan Mineral yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia. Air ini juga telah diuji oleh MARDI untuk mengetahui khasiat, zat, keracunan dan bahayanya. Hasil ujian menunjukkan air ini mengandungi ketumpatan serta kandungan bahan galian yang menyerupai air zam-zam.

Air yang mewah dengan kandungan Kalsium (Ca) dan Magnesium
ini mempunyai khasiat dari segi Rohani dan Jasmani serta sesuai diminum oleh setiap lapisan umur tanpa mengira bangsa dan keturunan. Air penawar semula jadi ini dapat membantu: Meningkatkan penyerapan nutrien dan mineral oleh tubuh, Meneutralkan kadar asid dalam badan sebagai sumber merawat penyakit, Meningkatkan stamina tubuh, Meningkatkan kecekapan tubuh mengangkut oksigen, Membina dan menguatkan tulang dan gigi, Meningkatkan hemoglobin dalam sel darah merah, Mengurangkan kadar gula dalam darah, Membersih serta melancarkan sistem penghadaman, Membersih serta melancarkan sistem kumbahan, Membersihkan kandungan darah di dalam tubuh, Mengurangkan tekanan darah tinggi, Mencerdaskan minda dan memulihkan tenaga, pH beralkali sebagai penjana tenaga dan Mempunyai kadar garam galian yang tinggi (TDS 294mg/l) dan pH 7

Dari segi sejarah pula, air galian ini telah ditemui sekitar 20 tahun yang lalu oleh Tuan Guru Hj. Mohd Baqi Othman, iaitu Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang ketika itu. Ia berlaku secara tanpa diduga apabila Tuan Guru bersolat hajat tatkala di Markas PAS Darul Amin itu tidak mendapat bekalan air paip.

Hasil jualan air tersebut pernah diisytiharkan sebagai sumber dana bagi membangunkan sekolah agama rakyat tajaan Dewan Ulamak PAS Pahang.

Istimewanya telaga Air Gau ini ialah tidak pernah kering meskipun pada waktu musim kemarau dan mata airnya tidak pernah berhenti memancut walaupun diambil sebanyak mana sekalipun. Pada ketika air paip JBA menghadapi masalah, telaga Air Gau menjadi tumpuan ramai untuk mandi manda, membasuh dan membawa air minum pulang.

Kini jualan Air Gau sudah tersebar merata-rata termasuk di Lembah Kelang dan sudah dimasukkan dalam jualan HPA.

May 2, 2011

CERAMAH UMUM MENDAPAT PERHATIAN RAKYAT

1 MEI 2011, FELDA JENDERAK SELATAN. Hari ini dalam sejarah! itulah yang dapat digambarkan keadaan ceramah di rumah Saudara Nawawi Ralit malam tadi apabila program itu dihadiri oleh ramai penyokong pakatan rakyat. Bagaimanapun ia dicemari oleh mainan politik kotor Umno dengan menghantar pihak polis berkawal di sekitar kawasan ceramah bagi menimbulkan rasa takut dikalangan penyokong pakatan rakyat.

Sebelumnya pada pagi tersebut para penyokong umno tak sampai 15 orang telah mengadakan demonstrasi membantah program ceramah tersebut. demonstrasi itu bagaimanapun berlangsung tak sampai 5 minit kerana rupa-rupanya mereka hanya mahu mendapat sedikit glamour untuk disiarkan dalam suratkhabar sinar hairan.

agak melucukan puak umno ini dahulunya beria-ia mengatakan pakatan rakyat seperti monyet apabila mengadakan demonstrasi membantah kerajaan BN yang menipu rakyat tetapi kini mereka pula menjadi monyet dengan melakukan demonstrasi di jalanan.

Umno begitu terdesak menghalang orang ramai dari menghadiri ceramah tersebut. mulanya mereka bertindak mengoyakkan poster ceramah, kemudian menjadi monyet menjerit di simpang dan akhirnya pada sebelah malamnya mereka membuka pusat karaoke segera di dewan JKKR jenderak selatan. agak menarik pusat karaoke segera in turut dihadiri ADUN Jenderak, Dato Mohamad Jaafar tetapi penyokong pakatan rakyat tetap istiqamah menghadiri ceramah pakatan rakyat.

TAHNIAH diucapkan kepada saudara NAWAWI kerana berjaya menganjurkan program yang begitu mendapat perhatian terutama umno jenderak selatan