Jun 8, 2011

Karpal sekat hudud: Saifudin kata Dr Mahathir haprak


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR,
Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir
 Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang haprak
apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS
 laksana hudud.

Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan
meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II
yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud
, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya.

Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar
beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar
 Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada
tahun 1993 lalu.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun
diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Selepas muktamar PAS baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melalui blognya menulis dengan
berkata, Karpal yang berjaya menyekat mendirikan negara Islam yang akan kuatkuasakan
 hukum hudud sudah tercapai.

"yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah
Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara
Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai," tulis Mahathir.

"Dr M hantar surat amaran kepada TG Nik Aziz
 jangan laksana hudud, aneh hari ni Dr M kata
Karpal berjaya sekat PAS jalankan hududd...
haprak!" tulis Saifudin (gambar kanan)
 dalam Twitternya.
Bagi beliau, Dr Mahathir tidak layak bercakap
Karpal anti Islam.

"Mesej saya mudah Dr M tak layak langsung
cakap Karpal anti Islam sebab rekod Dr M sendiri
 paling membenci Islam," tegas Saifudin yang juga
 anggota Parlimen Machang, Kelantan.
Menurut beliau, Dr Mahathir pernah berkata kalau
 dibuat hukum hudud habis orang Islam mundur
sebab kena potong tangan..."hari ini Dr Mahathir
 salahkan Karpal."
Bagi beliau, Karpal sekurang-kurangnya tidak 
menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat
namun Dr Mahathir membuatnya!

"Sebab katanya sekolah agama ajar murid benci pemerintah ...siapa sebenarnya benci
 Islam?" soal Saifudin.
Bagi Saifudin, kalaupun Karpal tolak negara Islam dan Hudud beliau boleh memahaminya
  sebab dia bukan Muslim, tetapi Dr Mahathir tentang negara Islam dan Hudud, ini yang
beliau tidak dapat faham.
Surat Dr Mahathir
Surat Dr Mahathir sampai kini masih diingati oleh Tuan Guru Nik Aziz hatta dalam satu
majlis baru-baru ini.

“(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran
 sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

“Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran… Jadi kalau (kita)
 tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua,” katanya.

“Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran… dan kerajaan Kelantan nak
 digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik,” kata Nik Aziz dalam satu dialog
 bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, baru-baru ini.

Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-
undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.

Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak
 mampu untuk membawanya, maka “diambil secupak-secupak” sehingga habis.

“Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu.
Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS,” katanya yang mendapat tepukan
 kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook

No comments: