24 Rejab 1432 H | 25 Jun 2011
KENYATAAN MEDIA
PAS Pahang baru selesai mengadakan mesyuarat pertamanya, dengan memfokuskan agenda kepada penstrukturan jawatankuasa baru Badan Perhubungan Negeri. Perubahan beberapa jawatankuasa memperlihatkan penyertaan golongan muda sebagai barisan palapis mula ditonjol dalam menyediakan satu pasukan bagi menghadapi PRU 13.
PAS Pahang membuat rombakan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dengan memasukkan Us Nasaruddin Hassan Tantawi sebagai Timbalan Pesuruhjaya. Tindakan ini dilihat sebagai satu usaha memantapkan barisan pemuda negeri sebagai tenaga penting dalam persiapan pilihanraya.
Berikut senarai penuh Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pahang:
Pesuruhjaya : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Timbalan PJ 1 : Us Yusuf bin Embong
Timbalan PJ 2 : Dr Hamzah Jaafar
Timbalan PJ 3 : Us Nasaruddin Hassan Tantawi
S/U Perhubungan : Roslan Zainal
Bendahari : Ir Musanif Abd Rahman
Ketua Penerangan : Us. Suhaimi bin Saad
Ketua D. Pemuda : Us Shahril Azman b. Abd Halim AlHafiz
Ketua D. Ulamak : Us Mokhtar Senik
Ketua D. Muslimat : Pn Salamiah bt Mohd Nor
Pengarah JPR : Abdul Majid Hassan
Ahli Jawatankuasa - Sdr Hasanuddin Salim; Yb Syed Hamid bin Sy Mohamad; Sdr Andansura bin Rabu; Yohanis bin Ahmad; Alawiyyah Abdullah; Siti Ruhani bt Abu Bakar; Ramli bin Awang Abd Rahman
Mesyuarat hari ini juga telah membuat komitmen untuk menggerakkan ahli dan penyokong PAS Pahang seramai 30,000 orang untuk menyertai Himpunan Aman BERSIH 02 pada 9hb Julai nanti.
PAS Pahang akan membantu pasukan keselamatan bagi memastikan himpunan ini akan berjalan dengan aman, dan mengecam sebarang tindakan bersifat provokasi yang cuba dicetuskan oleh mana-mana pihak.
Mesyuarat juga menggesa agar ditingkatkan usaha bantahan terhadap projek Lynas yang mempunyai risiko kepada kehidupan penduduk dan alam sekitar. Mesyuarat dimaklumkan beberapa himpunan bantahan yang berterusan akan diadakan di sekitar Kuantan, bersama dengan pelbagai NGO, dan menggesa ahli PAS turut sama dalam siri bantahan tersebut.
No comments:
Post a Comment