Nov 25, 2010

Alhamdulillah..Adik Tony Blair Masuk Islam


Dapat hidayah ketika kunjungi masjid
LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.
Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.
"Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.
"Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari," katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.
Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.
"Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam," katanya.
Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.
"Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?" katanya.
Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.
"Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini," katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi

Gara-Gara Pilih Sultang Pilih Zambry Mamak Jadi MB

Itulah balanya serah pemerintahan pada katak spesis mamak. Kan dah merudum ekonomi negeri Perak,,
Pelaburan di Perak 2009 merosot
PETALING JAYA: Perak yang mengalami pelbagai rombakan dalam pemerintahan sepanjang tahun 2008 dan 2009 lalu, menyaksikan perbezaan kedudukan pelaburan bagi kedua-dua tahun dan mencatatkan penurunan sehingga RM86.85 juta.
Melalui analisis perbandingan yang dipetik dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009, menunjukkan pelaburan di Perak menunjukkan penurunan sehingga 12.0 peratus kepada RM635.50 juta (2009), berbanding RM722.35 juta pada tahun 2008.
Perak mengalami perubahan besar sepanjang tempoh itu, apabila kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu, dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini menjadi nadi pemerintahan di negeri itu.
Jika dilihat daripada keseluruhan kedudukan pelaburan Perak dari tahun 2005-2009 telah menunjukkan penurunan pada 2006 dan 2007. Kedudukan pelaburan negeri itu meningkat semula pada 2008 tetapi menurun semula pada tahun 2009.
"Ini disebabkan Simpanan Tetap berjumlah RM93.15 juta telah dicairkan untuk menampung defisit aliran tunai kerajaan negeri, kata laporan itu yang dipetik FMT.
"Pengurangan aliran tunai antara lain disebabkan oleh peningkatan dalam perbelanjaan aset. Baki pelaburan pada tahun 2005 hingga 2009 adalah yang terendah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini."
Sementara itu, pada 2009 baki hutang kerajaaan negeri kepada kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak RM57.26 juta atau 6.9 peratus menjadi RM887.85juta berbanding RM830.59 juta pada tahun 2008.
"Peningkatan ini disebabkan penerimaan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM94.06 juta bagi Projek Bekalan Air," laporan itu dipetik.
Kedudukan hutang kerajaan negeri berjumlah RM887.85 juta pada 2009 berbanding RM830.59 juta tahun sebelumnya.
Kedudukan baki hutang ini akan berkurangan dengan ketara sekiranya pihak Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) mengambil alih hutang bekalan air menjelang tahun 2011.
Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman
Perak adalah satu-satunya negeri yang sentiasa membayar pinjaman kepada kerajaan persekutuan mengikut jadual dan tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman bagi tempoh 2005 hingga 2009.
"Kerajaan negeri berupaya untuk menjelaskan hutang awam termasuk faedah sejumlah RM38.62 juta terhadap 71 pinjaman mengikut jadual bayaran balik pinjaman.
"Penyata hutang awam berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan Perak telah menyelesaikan empat pinjaman di bawah Rancangan Perumahan Awam berjumlah RM6.49 juta dan satu pinjaman di bawah Rancangan Pembangunan Perusahaan berjumlah RM4 juta," demikian menurut laporan itu.
Secara keseluruhannya, analisis audit mendapati kedudukan kewangan kerajaan negeri Perak bagi tahun 2009 adalah memuaskan.
Laporan itu menyimpulkan bahawa, kerajaan negeri perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan dengan mengekalkan perbelanjaan berhemat tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri.
Tindakan lebih berkesan hendaklah diambil untuk mengutip tunggakan hasil yang berjumlah RM198.57 juta.
Bagaimanapun, tunggakan pinjaman daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Yayasan Perak dan Majlis Daerah Tanjong Malim yang telah matang berjumlah RM15.74 juta hendaklah dituntut.

Gempar!!! Telefon Bimbit Sudah Digunakan Sejak 1982 Dalam Filem Charlie Chaplin??

Imej dalam filem The Circus tahun 1928 menunjukkan seorang wanita (dalam petak) seolah-olah sedang bercakap dengan menggunakan telefon bimbit.
LONDON - Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya.
Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.
Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.
Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.
Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.
Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.
Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.
Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.
"Satu-satu teori nya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit," kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.
Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika..

Bukti Jelas Kerajaan BN Menyusahkan Rakyat

Apa ke halnya proses nak buat sijil beranak pun susah nak buat. Semata-mata alasan tiada sijil nikah. Ini alasan tak cerdik daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Sepatutnya check status mereka melalui I.C sahaja, bukannya menyusahkan rakyat..
Anak tiada sijil lahir

MAHAMUD bersama isteri dan anak-anaknya, dari kiri Normazlin, Norazlina dan Mohamad Afiq menunjukkan rekod kesihatan mereka di Pasir Gudang semalam.
JOHOR BAHRU – "Kedua-dua anak saya teringin untuk ke sekolah. Malangnya mereka tiada surat beranak untuk diterima belajar."
Itulah keluhan seorang mekanik, Mahamud Kadir, 46, memikirkan masa depan dua anaknya, Norazlina, 10, dan Normazlin, 9, yang tidak memiliki sijil lahir sejak mereka dilahirkan.
Menurut Mahamud, kegagalan mendapatkan sijil lahir itu disebabkan dia dan isterinya, Raihanah Lahakim, 44, tidak memiliki sijil nikah seperti yang diminta pihak Jabatan Pendaftaran Negara.
"Saya dan isteri berkahwin di Kampung Titingan, Tawau, Sabah pada 2 Oktober 1999 dan sewaktu kembali ke Semenanjung, saya terlupa membawa bersama sijil nikah asal, cuma terambil dokumen fotokopi.
"Malangnya, salinan sijil nikah itu pun hilang sewaktu banjir besar pada 2006 manakala sijil asal sudah hilang berikutan keluarga telah berpindah," katanya pada sidang akhbar di Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, Pasir Gudang di sini semalam.
Mahamud berkata, ekoran tidak dapat menunjukkan sijil nikah, proses permohonan sijil lahir kedua-dua anaknya tidak dapat dilakukan.
* Saya baru-baru ini terpaksa pulang ke rumah balik, kerana JPN tak nak salinan i.c isteri untuk daftar anak sulung. Terpaksalah balik rumah ambil i.c asal isteri yang sedang berpantang selepas bersalin. Kena denda pulak tuh..Mengarut betullah. Kan mereka ada rekod. Apa salahnya salinan i.c sahaja. Memang kerajaan sengaja nak susahkan rakyat

UMNgOk & Utusan Lebih Risau Remaja Tak Tahu Sejarah Daripada Sirah Nabi

Kah..kah..apa kisah remaja tak tahu sejarah. Lainlah kalau remaja tak tahu tuhan, tak kenal nabi. Malaikat. Itu kes parah. UMNO dan Utusan sengaja nak uar-uarkan remaja lupa sejarah, semata-mata demi politik mereka. Ye lah bila buka buku sejarah. Sudah pasti akan tercatat yang UMNOlah yang berjuang untuk merdekakan negara ini...hampeh betull
Orang muda buta sejarah!

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.
Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.
Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.
Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.
Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.
Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.
Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.
Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka 'tidak ambil pusing' semua itu.
Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.
Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.
Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?
Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.
Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.
Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara.
Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.
Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Tiada alasan untuk melupakan tema '1Malaysia Menjana Transformasi' kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.
Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.
Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.
Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti 'Hip Hip Hooray'. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.
Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu 'Bersekutu, Bertambah Mutu'.
Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.
Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai 'Belang'. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.
Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.
Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri.
Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.
Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.
* Baguslah. Daripada hafal sejarah UMNO..baik hafal 25 nama-nama Rasul. Dapat pahala dan barakah

Macam2 Zaman Najib : Ibu Syaitan Biarkan Anak Berzina Dalam Rumah Sendiri

Ibu galak anak khalwat

NUSAJAYA: Untuk mengelakkan anak perempuannya dicekup melakukan maksiat kali kedua, seorang ibu bukan saja bersubahat membenarkan anaknya itu membawa pulang teman lelaki, malah turut menyediakan tempat tidur di rumah mereka di Taman Nusantara di sini.
Beberapa bulan lalu pasangan berkenaan pernah ditangkap khalwat di pusat riadah kawasan perumahan itu, namun tidak insaf, sebaliknya meneruskan kegiatan sumbang dengan ibu si perempuan turut bersekongkol. Bagaimanapun, kelakuan mengaibkan dua beranak itu terbongkar hasil intipan penguat kuasa Jabatan Agama Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Biro Keselamatan dan Jawatankuasa Surau Taman Nusantara, baru-baru ini.
Pengerusi Biro Keselamatan Taman Nusantara, Ismail Rejab, 46, berkata serbuan dijalankan ke rumah dua beranak itu kira-kira jam 5 pagi dan ketika diserbu teman lelaki gadis itu tidur di tingkat bawah manakala teman wanitanya di tingkat atas.
"Pasangan berusia 20-an itu seolah-olah mendapat lesen daripada ibu gadis itu apabila kerap membawa balik teman lelaki pada siang mahupun malam. Kami juga difahamkan ibu itu membenarkan mereka berdua-duaan di rumah.
"Ibu gadis itu berusia 50-an mengakui kesilapan membiarkan anaknya bebas bergaul hingga membawa balik teman lelaki dan berjanji akan mengawasi kegiatan anak perempuannya," katanya sambil memaklumkan anak wanita itu juga diberi kaunseling supaya tidak mengulangi perbuatannya.
Sementara itu, Ismail berkata, terdahulu, pihaknya membuat serbuan ke sebuah kediaman seorang gadis, 20, yang tinggal bersama rakannya, kira-kira jam 3.30 pagi.
Menurutnya, gadis itU mengambil masa setengah jam membuka pintu rumah.
"Selepas diberi amaran, gadis itu memakai kemeja-T dan berseluar pendek membuka pintu sebelum pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 23 tahun berasal dari Kampung Melayu, Gelang Patah berada di dalam bilik tidurnya.
"Pasangan itu diserahkan kepada pegawai pencegah maksiat Jabatan Agama Johor manakala teman serumah wanita itu diambil keterangan kerana disyaki bersubahat," katanya.
Sementara itu, Imam 1 Taman Nusantara, Samsul Adha, 40, berkata pihaknya sentiasa berusaha membanteras kegiatan tidak bermoral di kalangan anak muda di kawasan perumahan itu.
"Kami berharap supaya golongan anak muda tidak memandang ringan usaha membanteras maksiat yang dijalankan," katanya.

Nov 17, 2010

PR Bimbang Dengan Krisis & Penipuan PKR

Hanya mat rempit atau kaki mat pit sahaja yang tak risau dengan kemelut PKR..


KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) bimbang dengan kemelut dalaman yang melanda Parti Keadi:lan Rakyat (PKR) yang kini dilihat hampir mencetuskan perpecahan dalam kalangan ahli parti itu.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara ini harus diatasi oleh pucuk pimpinan PKR agar ia tidak berlarutan dan boleh menimbulkan perpecahan bukan sahaja dalam kalangan ahli malah turut membabitkan Pakatan sedia ada.
"Bagaimanapun, saya yakin dengan kepimpinan PKR dan bagi mengatasi kemelut yang berlaku dalam kalangan ahli mereka, pasti perkara ini tidak akan berlarutan sehingga boleh menimbulkan kejadian tidak diingini," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Mahfuz berkata, perang dingin yang berlaku dalam PKR ini turut memberikan kesan kepada PR, perkara sebegini akan terjadi terhadap mana-mana pihak jika salah satu parti gabungan mereka bertelingkah sesama sendiri.
"Apa jua pertubuhan atau parti yang bergabung akan bimbang jika sekiranya perkara sebegini terjadi dalam pakatan mereka, ia memberikan kesan dan menjadi perhatian ramai, kerana banyak pihak termasuk ahli parti ingin mengetahui perkembangan mengenainya," katanya.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai cara tersendiri menangani kemelut dalaman tanpa melibatkan campur tangan luar.
Seorang lagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, parti meminta PKR menyelesaikan kemelut secepat mungkin kerana ia turut memberi kesan kepada pakatan pembangkang.
"Sebagai satu keluarga besar dalam pakatan sudah pasti apa yang berlaku dalam PKR ini akan memberikan implikasi terhadap masa depan dan juga keyakinan rakyat terhadap keupayaan Pakatan Rakyat," katanya.
Sementara itu, calon naib presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar berkata, PKR bermesyuarat bagi menangani perkara itu dan mengenal pasti beberapa langkah segera.
"Kita mengamalkan perbincangan secara tertutup. Kita rasa dalam mana-mana parti yang melangsungkan pemilihan tidak ada yang berani mengamalkan sistem terbuka. Kita sedang memperbaiki dan menghalusi sistem yang kita akan gunakan dan saluran yang ada," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang mahu PKR segera menyelesaikan masalah dalamannya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.
Mengenai gesaan pelbagai pihak agar pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) ditangguhkan, Nurul Izzah berkata, keputusan untuk berbuat demikian perlu dirujuk kepada Biro Politik parti itu.