Dec 29, 2010

Perlantikan Isa Samad, NKRA Najib Memerangi Rasuah


Parti Islam Semalaysia Pas menyifatkan perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda, berkuat kuasa 1 Januari 2011, sebagai satu lagi pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diuar-uarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilancarkan pada 20 Januari 2010. Antara NKRA telah diputuskan oleh Kabinet ialah membanteras rasuah melalui Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

Pas merasa hairan Perdana Menteri yang terkenal dengan berbagai-bagai slogan retorik, untuk membuat pembaharuan (transformasi), tiba-tiba boleh melantik Tan Sri Isa Samad yang pernah disabitkan dengan rasuah pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau telah dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun. Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan. Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi. Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan September tahun 2004.

Pemilihan ini menggambarkan Datuk Seri Najib seolah-olah tidak nampak di kalangan ahli umno seramai 3.5 juta orang, melainkan beliau hanya nampak insan yang bernama Tan Sri Isa Samad sahaja. Apa rahsianya beliau dipilih hanya Allah dan Datuk Seri Najib sahaja yang tahu.

Perlantikan ini menggambarkan inilah watak sebenar Datuk Najib dalam hal memerangi rasuah. Memang kita jarang kedengaran Presiden Umno sekarang ini bercakap tentang memerangi rasuah secara ageresif, berbanding dengan zaman Tun Abdullah, walaupun nampak lembut, sekurang-kurangnya zaman Tun Abdullah ada juga daya usaha menubuh Institut Integriti Malaysia, Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Patutlah usaha untuk memerangi rasuah tidak berjaya, malahan semakin parah. Malaysia masih kekal di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4.

Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

Dec 25, 2010

Felda 'rayu' jangan saman


Khairil Abdul Rahim   
BANDAR JENGKA, 23 Dis: Sudah terhantuk baru terngadah. Begitulah yang diibaratkan kepada pekeliling daripada Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab yang disifatkan memujuk peneroka supaya tidak menggunakan saluran undang-undang bagi menuntut hak mereka.

Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Aris Fezul Ismail, menyifatkan risalah bertajuk ‘Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah Timbang Tara’ yang diedarkan kepada peneroka-peneroka serta dibacakan isinya di masjid-masjid di sini seolah-olah melambangkan keresahan Felda menghadapi kebangkitan peneroka.

Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda.

Kandungan risalah tersebut turut membangkitkan, surat perjanjian asal antara peneroka dengan Felda telah memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan antara kedua belah pihak perlu dirujuk kepada Penimbang tara iaitu Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab kepada Felda.

Aris yang juga Setiausaha Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat mempertikaikan, kenapa baru kini iaitu selepas peneroka menang saman di Felda Kemahang 3 dan Felda Sungai Koyan timbul tawaran menyelesaikan lambakan permasalahan peneroka melalui kaedah Timbang tara.

“Sebelum ini Anak sendiri pernah menghantar memorandum kepada Pengerusi Timbang tara iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi jangankan kata penyelesaian, respons pun tidak ada. Bahkan kalau kita dengar baru-baru ini bagaimana PM dengan angkuhnya menempelak siapa kata Felda bankrap adalah pengkhianat. Bolehkah orang seperti ini mahu dirujuk sebagai penimbang tara?

“Bukan itu saja, baru-baru ini Anak telah menyerahkan memorandum 20 perkara berkaitan masalah peneroka kepada Timbalan Menteri yang menjaga Felda Datuk Ahmad Maslan yang konon katanya nak selesaikan dalam tempoh dua minggu. Tapi sekarang dah hampir dua bulan, respons pun tak dengar.

“Di Pahang ini sendiri, Exco yang menjaga Felda Datuk Tan Aminuddin. Apabila peneroka membangkitkan hak mereka yang diceroboh pada satu ketika dulu, beliau bingkas mencabar mana-mana peneroka yang tak setuju dengan Felda boleh keluar dari tanah rancangan. Pada saya ini satu kenyataan angkuh seolah-olah peneroka-peneroka ini menumpang dan mengemis sedangkan mereka tuan tanah,” hujahnya.

Tambah Aris, suasana yang tidak harmoni dicetuskan sendiri oleh pengurusan Felda. Contohnya dalam kes Felda Kemahang apabila Ketua Hakim Negara berkata Felda terbukti menipu peneroka dalam kes kadar perahan gred (KPG) sawit, Felda masih tidak mengaku kesalahan malah enggan membayar ganti rugi kepada peneroka.

“Begitu juga dengan kes peneroka Felda Sungai Koyan yang mana mahkamah telah putuskan peneroka layak menerima wang tabung tanam semula (TTS) tetapi menterinya kata Felda memang nak bayar sedangkan dalam mahkamah peguam mereka bermati-matian berusaha supaya Felda tidak mahu bayar. Pada saya sikap seperti ini semua tidak membawa keharmonian,” katanya.

Mengenai saranan Pengarah Besar Felda agar peneroka mengemukakan sebarang aduan dan permasalahan kepada pengurusan rancangan melalui blok, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gabungan Pertubuhan Wanita (GPW) dan pertubuhan belia, Aris berkata ia hampir mustahil kerana semuanya dilantik oleh Felda dan bukan dipilih oleh peneroka malah dikuasai parti politik kerajaan.

“Barangkali Datuk Dzulkifli tidak turun ke bawah melihat bahawa kebanyakan pemilihan ketua-ketua blok yang mewakili 24 orang ahli dipilih berdasarkan mana yang Felda suka, bukannya pilihan peneroka secara mutlak. Naib Pengerusi JKKR yang sepatutnya dipilih melalui mesyuarat agung, tapi hanya ditentukan oleh Felda. Jadi dia mewakili Felda, bukan suara peneroka. Sebab itu dapat dilihat bagaimana sikap mereka terhadap peneroka tanam sendiri iaitu seperti anak tiri yang melakukan satu kesalahan besar.

“Pertubuhan belia pula hanya ada pada nama saja. Mesyuarat agung pun tak pernah sehingga tak tahu siapa AJK. Mana perginya peruntukan kewangan? Sama jugalah dengan AJK masjid, bukan dilantik melalui mesyuarat agung,” jelasnya.

Dec 23, 2010

LUJNAH KEBAJIKAN KHAIRAT KEMATIAN PAS CAWANGAN JENDERAK SELATAN

KHAIRAT KEMATIAN HARAKAH TELAH DILANCARKAN SEJAK TAHUN 2000.

KAMI KINI MEMBUKA KEAHLIAN BARU TANPA SYARAT KEPADA SELURUH PENDUDUK FELDA JENDERAK SELATAN. BAYARAN KEAHLIAN IALAH RM91.00 SAHAJA UNTUK SETIAP PENYERTAAN SEKALI SEUMUR HIDUP. BAGAIMANAPUN, SEKIRANYA AHLI YANG MENDAFTAR TELAH MENINGGAL DUNIA, WARISNYA PERLU MEMBUAT PENDAFTARAN SEMULA UNTUK MENIKMATI FAEDAH YANG DISEDIAKAN.

ANTARA FAEDAH MENYERTAI KHAIRAT KEMATIAN HARAKAH

1)      KENDERAAN JENAZAH PERCUMA AKAN DISEDIAKAN OLEH BADAN KHAIRAT KEMATIAN HARAKAH. 
2)      SUMBANGAN KEWANGAN AKAN DIBERIKAN MENGIKUT KATEGORI KEMATIAN
KATEGORI
JUMLAH SUMBANGAN
1
AHLI(SUAMI/ISTERI)
RM 450.00
2
ANAK AHLI
RM 450.00
3
BAYI/KANAK-KANAK KECIL
RM 250.00
4
MUSAFIR (ORANG LAIN SELAIN KELUARGA YANG MENINGGAL DUNIA DI RUMAH AHLI)
RM 300.00

FAEDAH FAEDAH LAIN

1)      KEMUDAHAN SEWA KANOPY KENDURI TERMASUK KERUSI DAN MEJA
KADAR UNTUK AHLI KHAIRAT
RM40/SET SAHAJA
KADAR UNTUK BUKAN AHLI KHAIRAT

RM80/SET

    





KUTIPAN SEMULA APABILA BERLAKU KEMATIAN

KATEGORI
JUMLAH KUTIPAN
1
AHLI(SUAMI/ISTERI)
RM 6.00
2
ANAK AHLI
RM 6.00
3
BAYI/KANAK-KANAK KECIL
RM 4.00
4
MUSAFIR (ORANG LAIN SELAIN KELUARGA YANG MENINGGAL DUNIA DI RUMAH AHLI)
RM 4.00

Dec 21, 2010

UMNO+APCO : Larangan mengambil YAHUDI sebagai PEMIMPIN!!

Saya yakin semua dari kita tahu akan amaran ALLAH terhadap hambaNYA supaya tidak mengambil orang Yahudi/kafir/Israel sebagai pemimpin, ikutan, model di dalam apa jua urusan dalam kehidupan kita.

Firman Allah swt di dalam surah Al-Baqarah ayat 120 :

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. "

Allah ada lagi menyebut di dalam surah al-Maidah ayat 51 :

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. "

Saya yakin banyak lagi ayat Allah dan hadis Nabi SAW yang melarang dengan tegas supaya kita tidak menjadikan puak2 YAHUDI ISRAEl ini sebagai pengikut, telunjuk atau pemimpin....apatah lagi dalam sola kepimpinan negara....

Kini terbukti kerajaan Malaysia telah mengambil APCO yang terang-terang merupakan satu pertubuhan YAHUDI LAKNATULLAH!!! Awas, sungguh bahaya kiranya bersekongkol dengan YAHUDI...!!!

Di bawah ini bukti2 dokumen yang menunjukkan bahawa kerjaan Malaysia telah menjadikan APCO sebagai telunjuk dalam mnerajui kepimpinan negara.....SEBARAKAN!!!



Bukti, dokumen sulit yang ditandatangani pada 4 Ogos 2009

Dec 18, 2010

Speaker Musang Berjanggut


Speaker Bersekongkol Dengan Ahli Parlimen BN


KUALA LUMPUR 17 DIS: Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mendakwa beliau menjalankan tugas secara jujur dan amanah.

Namun pelbagai bukti disabitkan di parlimen untuk menunjukkan Pandikar Amin jauh daripada wira tetapi sekadar memenuhi agenda Umno-Barisan Nasional(BN).

Atas rasa kesal dengan peri laku speaker itu, ahli-ahli parlimen Pakatan rakyat bertindak keluar dari dewan.

Pandikar kemudian membuka majlis untuk Ahli Parlimen Umno-BN dan yang condong kepada pemerintah untuk menyokong usul menggantung anwar selama enam bulan.

Namun bukan fakta yang diberikan oleh mereka. Sebaliknya mereka bersekongkol membuat fitnah dan serangan peribadi terhadap Anwar. Serangan itu dibenarkan oleh Pandikar Amin Mulia yang menerima pujian ahli-ahli parlimen berkenaan.

Contohnya Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali agak keterlaluan seperti serangan yang memperolokkan agama Hindu tidak terbatas.

"Masalah negara kita ini Alhamdulillah tak adalah macam gunung berapi ke gempa bumi ke, masalah kita adalah masalah ketua pembangkang, masalah dia seorang sahaja, termasuk Tok Guru Kelantan pun jadi kelam kabut. (di celah oleh Ahli Parlimen Kota belud, mungkin itu hadiah daripada, gift to God, itu sebabnya, anugerah daripada tuhan). Kalau pemberian daripada Allah Taala, saya rasa tak jadi macam ni, kalau pemberian daripada 'Lord Murugan' saya tak tahu," ucap Ibrahim.

Pandikar Amin turut membenarkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bersekongkol dengan mereka membuat tohmahan. Prosedur parlimen yang kerap menjadi sandaran oleh Pandikar Amin untuk mencela ahli pembangkang, dilupakan seketika.

"Tadi saya dengar hujah YB cukup baik sejak potong ini. Jadi pada depan kita lihat mereka sepatutnya tak boleh bersama. Agaknya benda macam ini dia ada belakang kira apa-apa," kata Nazri.

Mengulas perkara ini, Naib Presiden PAS Sallehudin Ayob berkata tingkah laku Speaker bersekongkol dengan ahli parlimen melancarkan serangan peribadi hanya menzahirkan parlimen Malaysia menjadi kuda tunggangan untuk agenda politik umno.

"Bukan perbahasan untuk kepentingan negara, bukan perbahasan untuk menyentuh kepentingan rakyat tetapi mereka telah menggunakan keseluruhan kekuatan yang ada ada pada mereka atau parlimen itu sendiri untuk menyerang Datuk Seri Anwar secara peribadi. Itu agenda peribadi sebenarnya," jelasnya.

Dec 12, 2010

BN TEMPANG, PR JANGAN SELESA

3 Muharram 1432 H | 10 Disember 2010

Ahmad Lutfi Othman
Penangguhan pemilihan Umno yang dijadual diadakan akhir tahun depan, selama 18 bulan, seperti diumumkan presidennya, Najib Razak baru-baru ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia sudah dilakukan beberapa kali sebelum ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.
Soalnya, apakah kita sudah berada di ambang kempen Pilihan Raya Umum ke-13, yang dijangka paling sengit pernah diadakan tetapi sukar ditelan keputusannya nanti? Pertandingan merebut jawatan tertinggi dalam Umno sering membawa petaka dahsyat, seperti berlaku pada April 1987, yang akhirnya menyebabkan ia diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tragedi pemecatan Anwar Ibrahim sebagai ahli Umno, seterusnya daripada semua jawatan dalam kerajaan dan parti, pada September 1998 juga merupakan langkah drastik Dr Mahathir Mohamad bagi mengelak jawatannya sebagai Presiden Umno dicabar.

Setiap kali pemilihan sengit berlaku dalam Umno, kekuatan parti itu semakin merosot dan secara automatik saingannya dilihat mendapat kelebihan. Justeru, kini, Najib pastinya tidak mahu mengambil sebarang risiko, apatah lagi pilihan raya umum ini menentukan "hidup-mati" kerjaya politiknya. Sepanjang sejarah, tidak pernah BN dicabar sebegini sengit.

Rakyat kini memang mempunyai pilihan yang lebih berwibawa bagi menggantikan pemerintah yang terbukti mengkhianati amanah kepemimpinan dengan melakukan pelbagai skandal, salahguna kuasa dan penyelewengan bertaraf mega.

Namun begitu, di pihak Pakatan Rakyat sendiri, ia tidak semudah melafazkan ikrar bagi membentuk kerajaan baru di peringkat persekutuan. Laluannya bukan mudah, malah lebih sukar dan seringkali tidak terduga cabarannya.

Umno-BN yang masih berkuku terus menguasai segala peralatan dan kemudahan kerajaan untuk mencengkam kebebasan dan melunakkan penentangan rakyat, bagi mengekalkan status-quo, selain mengukuhkan lagi kongkongan terhadap media.

Walaupun hanya mendapat majoriti mudah di Parlimen dalam pilihan raya umum lalu, dan tewas di lima negeri, namun kuasa yang masih dimiliki BN tidak boleh diremehkan atau dipandang rendah. Agensi penting pemerintahan, seperti polis, tentera, badan kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, media dan jentera kerajaan secara keseluruhannya, sentiasa menjadi perkakas dan senjata utama bagi BN mempertahankan sisa-sisa kuasanya.

Pastinya jentera kempen BN kali ini akan melakukan apa jua usaha, strategi dan konspirasi bagi memastikan teraju kuasa tidak terlepas. Sering diulang bahawa Umno-BN tanpa kuasa akan hilang segala-galanya. Semangat, komitmen, daya juang apatah lagi pengorbanan pendokong dan penyokongnya akan lumpuh teruk jika kuasa terlucut dalam pilihan raya akan datang.

Pemimpin Umno amat arif tentang realiti ini, justeru mereka pasti berusaha sedaya mungkin bagi memastikan kuasa - terutama di peringkat persekutuan - tidak terlucut walaupun untuk seketika. Tanpa kuasa, Umno sebagai tonggak BN akan menjadi kerdil, layu dan tidak bermaya. Sandarannya terhadap kuasa umpama kembar siam, yang tidak boleh bercerai tanggal walaupun seketika.

Walau bagaimanapun, realitinya Umno masih berkuku di atas singgahsana kuasa, biarpun nampak tempang. Dengan apa jua kos yang terpaksa dihanguskannya, saki-baki kuasa itu akan dipertahankan. Umno-BN lebih memahami betapa peritnya kehilangan kuasa. Maka, sedaya upaya pemimpinnya akan mencari jalan, tanpa memperhitung nilai moral lagi, bagi mengelak bertembung dengan situasi paling digeruni itu.

Benar, sebelum ini ia pernah kalah beberapa kali di peringkat negeri, seperti Kelantan, Terengganu, Sabah, Perak dan kini Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Namun keperitan terlepas kawalan di peringkat persekutuan belum pernah dirasainya dan para pemimpinnya sedar bahawa ahli-ahli Umno tidak mampu berdepan dengan kekalahan dahsyat seperti itu.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana semangat dan moral aktivis parti itu mampu dipulihkan jika mereka benar-benar hilang kuasa dalam pilihan raya akan datang. Maka, selagi kuasa masih berbaki di tangan, maka apa jua usaha, manipulasi dan taktik pasti akan digunakan bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.

Soalnya, apakah Pakatan Rakyat kini benar-benar berada di atas landasan yang betul, dengan "kelajuan" munasabah, dalam laluannya ke Putrajaya? Sudahkah dibereskan segala kelemahan asasi yang masih menyelimutinya?

Bagaimana dengan persiapan bagi menghadapi rintangan dan hambatan dalam perjalanan berliku itu? Kesatuan dan persefahaman sesama anggota Pakatan Rakyat, bagaimana ya? Apakah ia mudah dirobek-robekkan seperti berlaku kepada Barisan Alternatif sebelum ini? Musuh yang menghalang bukan sahaja tampil dalam bentuk nyata seperti dijangka, malah kerap menerpa dalam situasi tidak terduga.

Sering saya ulangi, disebabkan pilihan raya kali ini bukan lagi untuk menafikan majoriti dua pertiga BN, maka keadaannya menjadi lebih sulit. Kedua-duanya, kewibawaan (juga kelemahan) Pakatan dan BN akan diperhati, disemak, diteliti dan ditimbang semasak-masaknya. Dahulu, jika pengundi hanya bermotif mewujudkan pembangkang yang kuat, keadaan tidak sesulit sekarang apabila rakyat mahu memilih pemerintah yang terbaik bagi pandangan mereka.

Budaya politik baru yang dilihat memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat bukan jaminan BN akan ditolak dalam pilihan raya akan datang. Kini pengundi lebih kritis dan ramai di antara mereka tidak mahu diidentifikasikan dengan mana-mana parti. Mereka lebih bebas untuk membuat pilihan dan tidak mudah terikat dengan sebarang sentimen. Malangnya, dalam masa sama, Pakatan juga masih dilihat meneruskan saki-baki "politik usang" yang boleh menikam diri.

Namun, "jiwa hamba" dan "pemikiran yang terkurung" di kalangan sebahagian besar rakyat belum dapat dibebaskan sepenuhnya lagi. Tanpa usaha gigih, perancangan sistematik, dan daya kreativiti yang tinggi di kalangan aktivis dan jentera Pakatan, segala kongkongan warisan Umno itu masih menebal dan sukar dikikis dalam waktu singkat. Dengan itu, ia masih dilihat memberi kelebihan buat BN.

Umno memang cuba menyembunyikan pergolakan dalamannya terutama apabila berdepan pilihan raya umum. Soalnya, apakah parti-parti dalam Pakatan jua tidak menghadapi masalah yang hampir sama, yang boleh melunturkan kekuatan yang baru dibina ini?

Sekurang-kurangnya di peringkat ini, saya masih meletakkan kekuatan (juga kelemahan) di antara Pakatan dan BN hampir berada pada kedudukan sama. Tiada siapa boleh mendabik dada dapat mengungguli pertandingan paling sengit ini. Perjalanan masih terlalu awal untuk diramalkan.

Dec 10, 2010

Fakta ketuanan melayu umno telah merugikan orang melayu, bukan mengangkat martabat melayu di negara ini.

- Ketuanan melayu umno menjadikan taraf hidup orang melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800. Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Memanglah kemiskinan adalah satu senjata untuk umno guna bagi mengekalkan kuasa, dalilnya Sabah dan Terengganu yang berada di bawah ketuanan melayu umno merupakan negeri termiskin di Malaysia walaupun keduanya kaya dengan minyak

- Ketuanan melayu umno yang menindas negeri Kelantan, walaupun majoriti rakyatnya Melayu. Sebanyak 118 projek pusat di sekat sejak RMK 6 tahun 1991. Apakah Tuan Guru Nik Aziz yang memimpin Kelantan seorang Bangladesh?

- Ketuanan Melayu umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar umno. Sewaktu mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak. Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong umno. Sewaktu berhadap dengan pemaju ialah daripada Pas, Pkr, Dap dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin umno yang hendak menegakkan ketuanan melayu ketika penyokong mereka dihalau.

- Ketuanan melayu umno menyebabkan orang melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku kepada pemimpin umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato’ Zainal Osman China 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.

- Ketuanan melayu umno mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Persempadanan semula 2003, menunjukkan umno telah mengkhianat orang melayu-Islam semata-mata untuk melawan Pas. Akibat persempadanan ini selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 lalu, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33 peratus sahaja. SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24 %, Terengganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah.

- Ketuanan melayu umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera.

- Ketuanan melayu umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi. Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini.

- Ketuanan melayu umno sehingga sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada umno.

- Ketuanan melayu umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh Profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai. Malahan pemimpin umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah.

Dec 3, 2010

NASIHAT TUAN IBRAHIM TUAN MAN UNTUK PENDOKONG GERAKAN ISLAM : "PERKUKUHKAN PARTI SEBELUM BINCANG JALAN KE PUTRAJAYA.."



Seluruh parti komponan PR diharap memberi tumpuan segera bagi memperkukuhkan seluruh jentera parti bagi menghadapi PRU ke 13. Jentera parti adalah mekanisma penting dalam menghadapi segala penyelewengan BN dari setiap sudut. Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita ke Putrajaya. Lantaran itu seluruh kepimpinan parti di semua peringkat perlu memperkemaskan asas jentera, untuk digerakkan pada bila-bila masa. Senario yang ada memungkinkan PRU akan diisytihar lebih awal dari yang dijangka, memandangkan beberapa petunjuk yang ada.

Media kini cuba melaga-lagakan PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa menerajui kepimpinan negara, ‘line up’ kabinet dan soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara. Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR. Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya. Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekor pun belum ada.

Secara peribadi saya ingin malahirkan kebimbangan berhubung persiapan kita yang nyata belum optima, bahkan di sesetengah kawasan ianya masih tidak menampakkan persiapan ke arah itu. Masalah daftar pemilih, kedudukan kewangan, persiapan jentera dan petugas masih berada pada tahap santai.

Sebenarnya kita tidak punyai masa yang panjang bagi membuat persiapan ini. Kalau kita menyatakan PRU ke 13 penting bagi membuat perubahan menerajui Puterajaya, maka segala isu dalaman parti mesti diselesaikan awal. Kekuatan parti di semua peringkat mesti menjadi agenda utama.

Seluruh ahli parti bukan sahaja perlu menunggu arahan kerja, tetapi mesti pro aktif dalam merancang kerja bagi memenangi PRU. Setiap ahli parti mesti memikirkan apakah yang boleh disumbangkan bagi menjana kemenangan ini. Benar di sana ada ahli yang perlu diberi arahan kerja, namun kalau di peringkat kepimpinan masih sibuk membincang isu-isu dalaman sehingga menjejeskan gerak kerja parti, maka sebenarnya kita telah masuk perangkap musuh tanpa disedari.

Pengundi akan sedia memberi undi seandainya mereka yakin dengan kekuatan dan keutuhan parti yang akan menerajui negara. Lantaran itu, bukan sahaja segala fitnah jahat BN perlu disanggah, bahkan keyakinan rakyat perlu dibina. Oleh itu pencapaian yang telah dicapai oleh negeri PR selama 3 tahun ini adalah eset penting bagi membina keyakinan tersebut. Cuma isu utama sejauh mana pencapaian itu diketahui dan dirasai oleh rakyat. Berhadapan dengan rakyat yang tidak bermaklumat yang ditemui dalam tinjauan menuntut satu mekanisma diwujudkan agar sasaran pengundi utama di kawasan luar bandar dan kawasan Felda khusunya dapat ditembusi.

Bukti Al Quran Ayat Allah

Al-quran merupakan Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Saw, kita sebagai umatnya hendaklah beramal dengannya.

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran.

Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:


DUNIA – 115 kali
AKHIRAT – 115 kali

MALAIKAT – 88 kali
SYAITAN – 88 kali

HIDUP – 145 kali
MATI – 145 kali

FAEDAH – 50kali
KERUGIAN – 50 kali

UMMAH – 50 kali
PENYAMPAI – 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali

BALA/MUSIBAH – 75kali
BERSYUKUR – 75 kali

BERSEDEKAH – 73 kali
BERPUAS HATI – 73 kali

ORANG YANG SESAT – 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali

MUSLIMIN – 41kali
JIHAD – 41 kali

EMAS – 8 kali
KEMURAHAN HIDUP – 8 kali

KEAJAIBAN – 60kali
FITNAH – 60 kali

ZAKAT – 32kali
BERKAT – 32 kali

MINDA – 49 kali
NUR – 49 kali

LIDAH – 25 kali
SUMPAH – 25 kali

NAFSU – 8 kali
KETAKUTAN – 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali
BERDAKWAH – 18 kali

KESUSAHAN – 114 kali
KESABARAN – 114 kali

MUHAMMAD – 4 kali
SYARIAT – 4 kali

LELAKI – 24 kali
PEREMPUAN – 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) – 5 kali

BULAN – 12 kali

HARI – 365 kali

LAUTAN – 32 kali

DARATAN – 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45 Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 =

28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Masih ragu-ragu? Masuk sini untuk kajian saintis mengenai peratus laut dan darat dari kajian manusia. Sesungguhnya Al-Quran itu benar dan diwahyukan oleh Allah kepada Rasullulah untuk menjadi pedoman umat Islam.

Begitulah kebesaran dan keagungan Allah SWT!!

Dec 1, 2010

Third party: Menteri tidak rasai kesusahan rakyat


KUALA LUMPUR, 29 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifatkan jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai berhubung tindakan kerajaan terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan 'third party' kepada kenderaan bermotor berusia sepuluh ke atas sebagai indah khabar dari rupa.

Salahuddin sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat hari ini berkata, timbalan menteri tidak merasai sendiri kesusahan rakyat bawahan yang tidak boleh mendapatkan perlindungan pihak ketiga kerana kenderaan yang dimiliki didakwa tidak selamat.

"Jawapan timbalan menteri tadi indah khabar dari rupa. Saya tak tahulah sama ada Yang Berhormat seringkali turun padang dan berada di pejabat pengangkutan jalan untuk merasai keperitan rakyat untuk mendapatkan insurans daripada kelas ini.

"Berdasarkan kepada fakta yang diberikan kepada saya, sehingga Ogos 2010, jumlah kenderaan di Malaysia berjumlah lebih 19,820,442 buah dan yang berusia lebih sepuluh tahun adalah 5,110,326 buah yang menyumbang kepada 25.78 peratus," kata beliau.

Salahuddin juga berkata, alasan pihak insurans yang mendakwa kenderaan sepuluh tahun ke atas tidak selamat untuk berada di jalan raya adalah tidak munasabah kerana kenderaan-kenderaan ini diselia Puspakom terlebih dahulu.

"Tadi Yang Berhormat menyatakan syarikat ini agak keberatan untuk memberikan perlindungan kerana isu keselamatan kenderaan ini. Saya tidak yakin dengan jawapan tersebut kerana kita ada Puspakom. Setiap kenderaan ini dibawa ke Puspakom kemudian bila ada kelulusan dari puspakom mereka layak untuk mendapatkan perlindungan insurans dan cukai jalan.

"Jadi apa alasanya syarikat insuarans ini yang begitu keberatan dan menyusahkan rakyat," katanya yang juga Pengerusi Gerakan Bela Rakyat (Bela) di bawah PAS untuk membantu pemilik kenderaan ini.

Beliau juga berharap kerajaan menyediakan satu mekanisme terbaik bagi menyelesaikan isu ini.

"5 juta jumlah kenderaan ini yang menangung risiko ini jadi saya mengharapkan ada satu mekanisme terbaik untuk kerajaan menyelesaikan isu ini yang mana rakyat di kampung khususnya di luar bandar amat sukar mendapatkan insurans pihak ketiga disebabkan oleh syariakt insurans takut rugi," katanya.

Beliau dalam soalan asalnya meminta Menteri Kewangan menyatakan tindakan yang diambil terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan "third party" kepada kenderaan bermotor berusia 10 tahun ke atas.

Beliau juga mahu kementerian menyatakan sejauh manakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Donald dalam jawapannya memberitahu selaras dengan rangka kerja modal berasaskan risiko tgahap penganggungan risiko oleh penanggung insurans berganung kepada modal serta kapasiti kewangan masing-masing.

"Oleh kerana pengalaman tuntutan perlindungan Kematian dan Kecederaan Pihak Ketiga yang senakin meruncing serta kemampuan kewangan yang terhad, penanggung insuransdan pengendali takaful semakin berhati-hati menawarkan mendapat akses kepada perlindungan insurans motor pada harga yang berpatutan,” katanya.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz16pIqj2WH

Presiden Iran Dengar Cakap Ulama'..Di Malaysia Pula, PM Dengar Cakap Isteri Kaki Roswah

Ali Khamenei jelajah Iran minta para ulama sokong AhmadinejadBaiknya ulama dengan Presiden negara. Memang hebat betullah negara Iran ini. Malaysia? PM lebih suka dengar cakap isteri daripada ulama'. Semua hal, hatta nak beli make up murah pun suruh suaminya hapuskan duti import..

TEHRAN 19 Okt. - Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei memulakan lawatan 10 hari ke bandar suci Qom dalam usaha untuk membawa ulama-ulama kanan kepada arus sistem polisi negara yang memerintah sekarang.
Lawatan itu sebagai bukti jelas bahawa Ali Khamenei mahu agar barisan para pemimpin agama negara itu bersatu ketika Iran menghadapi tekanan serius antarabangsa ke atas program nuklear negara berkenaan.
Ali Khamenei, yang menjadi kata pemutus bagi semua urusan dalam negara Iran mahu seluruh rakyat menyokong Presiden Mahmoud Ahmadinejad setelah berlalu pertikaian pada pilihan raya tahun lalu.
Tetapi ramai ulama kanan di Qom tidak memihak kepada Ahmadinejad, sebaliknya semakin lantang mengkritik kerajaan.
Dalam ucapan sulongnya semalam Khemenei memberitahu para ulama di Qom yang mereka perlu memberi sokongan kepada para pemimpin terutama Ahmadinejad.