Oct 19, 2011

SKIM KHAIRAT KEMATIAN. AHLI MENDAPAT MANFAAT

19 Oktober 2011. Felda Jenderak Selatan

Hari ini kita warga jenderak selatan menerima satu lagi berita kematian. Cucu kepada En Bakar Mat Piah telah meninggal dunia pagi tadi. Pas Jenderak Selatan telah menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan selaras dengan faedah yang patut diterima oleh semua ahli khairat kematian Pas Jenderak Selatan. (SILA RUJUK http://pasjenderakselatan.blogspot.com/p/lujnah-kebajikan-dan-khairat-kematian.html ) En. Bakar telah menerima RM 250.00 (kategori 3, bayi/kanak2 kecil) Adalah diharapkan sumbangan tersebut dapat membantu meringankan En Bakar dan keluarga menanggung kos mengebumikan jenazah cucu beliau. Kami warga Pas Jenderak Selatan mengucapkan takziah atas kehilangan. AL-FATEHAH



Sep 24, 2011

JEMPUTAN KE JAMUAN AIDILFITRI PAS J.SELATAN 2011

TURUT HADIR : HASSANUDDIN BIN SALIM
                       AHLI JAWATANKUASA
                          BADAN PERHUBUNGAN
     PAS PAHANG

Sep 23, 2011

PEMUDA PAS DUN JENDERAK BANTU MBFM(Majlis Belia Felda Malaysia) JENDERAK SELATAN

Kelihatan Ketua Pemuda DUN Jenderak sedang menyampaikan
sumbangan wang tunai kepada Pengerusi MBFM Jenderak
Selatan En. Huzafandy bin Hussin disaksikan Pegawai Penyelaras 
Belia Felda Jenderak Selatan, En. Riduan bin Rasdi.
JUMAAT, 23 SEP 2011. Betul ke ni? memang betul. Hari ini Pemuda PAS telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada MBFM Jenderak Selatan bagi membantu mereka menyertai Kejohanan Bola Jaring dan Futsal anjuran Felda Wilayah Mempaga esok. Difahamkan,  setiap rancangan felda dalam wilayah mempaga wajib menghantar sekurang kurangnya satu pasukan bola jaring dan juga satu pasukan futsal bagi memeriahkan kejohanan ini. Malangnya, Persatuan belia Jenderak Selatan tidak mempunyai dana untuk menghadiri kejohanan ini walaupun telah memohon dengan pihak Felda sendiri. Pihak JKKR juga tidak mempedulikan permohonan mereka apatah lagi Umno cawangan. Umno yang setiap hari mencanangkan bahawa hanya mereka yang mampu mentadbir negara nampaknya gagal mentadbir sebuah tanah rancangan seluas jenderak selatan ini. Nak hantar belia bersukan pun tak mampu, apatah lagi nak tadbir negara! Diharapkan selepas ini belia di Jenderak Selatan akan terbuka mata dan minda mereka untuk menerima PAS. Semoga mereka tahu bahawa PAS juga mampu membantu mereka walaupun ditekan dan difitnah setiap hari dalam media cetak dan elektronik yang jelas dikuasai Umno bagi menipu rakyat terutama di kawasan Felda dan kampung-kampung tradisi. Kepada pasukan bola jaring dan futsal yg akan menyertai pertandingan esok, Kami doakan anda beroleh kejayaan. 

Sep 21, 2011

MANGSA KEBAKARAN DIBANTU

Sumbangan dari Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Krau disampaikan oleh Bendahari
DPPKKK sambil diperhatikan oleh Kedua Pemuda Pas DUN Jenderak


RABU, 21 SEPTEMBER 2011. Sebuah rumah musnah dalam kebakaran pagi tadi kira-kira jam 6.20pagi. kebakaran yang hanya mengambil masa 20 minit dan telah memusnahkan semua harta benda termasuk barang kemas dan wang tunai. Kejadian berlaku di rumah No. 221, Felda Jenderak Selatan. Mangsa ( Daud bin Mahat, 68 tahun ) ketika kejadian tidur di bahagian belakang berhampiran dapur bersama isteri ketika api dipercayai berpunca dari bilik cucunya, kata mangsa. Siasatan awal pihak Forensik Bomba tidak menolak kemungkinan api berpunca daripada ubat nyamuk. Dewan Pemuda Pas Kuala Krau bersama Pemuda Pas DUN Jenderak telah melawat tempat kejadian pagi tadi bagi melihat tempat kejadian dan menyampaikan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban mangsa kebakaran tersebut selaras dengan konsep Negara Berkebajikan. Pas Cawangan pula telah menyampaikan sumbangan wang tunai segera dan juga telah melancarkan Tabung Derma Kilat untuk mangsa. Turut hadir menyampaikan sumbangan adalah Pengarah MTD Jenderak, Hj. Aziz Rahman bersama Muslimat DUN Jenderak. Sebarang sumbangan sama ada berbentuk pakaian dan wang tunai amatlah di alu-alukan. Sumbangan tersebut boleh disampaikan melalui MTD Jenderak atau PAS Cawangan Jenderak Selatan dengan menghubungi Bendahari Hj. Said Osman atau Ketua Cawangan Hj. Yusof Ismail.
Ini sahaja yang tinggal

Habis terbakar

Ruang belakang. Mangsa tidur disini ketika kejadian

Sep 18, 2011

Mohd Sabu lancar kempen mansuh hutang peneroka



| Print |
Khairil Abdul Rahim   
JERANTUT, 15 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan melancarkan kempen besar-besaran Tuntutan Mansuhkan Hutang Peneroka Felda pada 7 Oktober depan di Felda Tenang, Johor.
Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman (gambar) berkata, kempen tersebut sebahagian usaha untuk menyelesaikan persoalan antara peneroka dan Felda yang tidak pernah selesai.
“Para peneroka Felda yang sepatutnya hidup senang menurut idea dan perancangan Allahyarham Tun Razak selepas tanah ladang masing-masing menjadi hak milik, kini dihambat mimpi ngeri dibebani dengan hutang yang tidak pernah selesai.
“Yang sedihnya peneroka sentiasa dipotong hutang melalui pendapatan hasil sedangkan Felda gagal mengeluarkan Penyata Kira-Kira Pendapatan dan Tanggungan Peneroka-Peneroka.
“Hutang yang ditanggung peneroka pula bukan seribu dua tetapi menjangkau sehingga berpuluh-puluh ribu. Sebab itu bermula sahaja kempen itu kita akan desak perisytiharan hutang tak munasabah membabitkan kos tanam semula yang membelenggu peneroka,” ucapnya pada satu majlis di Kota Gelanggi 2, baru-baru ini.
Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, untuk itu pihaknya akan melancarkan borang semakan untuk mengetahui jumlah sebenar hutang peneroka dan bukannya berdasarkan penyata dari Felda semata-mata.
“Kita akan kumpul data-data yang diperolehi seterusnya berbincang dengan panel yang akan membuat semakan terperinci daripada jumlah wang sara hidup yang mereka terima dan gambaran sebenar berapa pendapatan yang mereka patut dapat.
“Panel itu akan membuat imbangan di antara hutang yang dikenakan ke atas peneroka dan pendapatan yang sepatutnya mereka terima,” tegas Mazlan.
Jelasnya lagi, selain masalah hutang peneroka turut tidak berpuas hati dengan kadar perahan gred (KPG) yang diisytiharkan Felda jauh lebih rendah daripada kadar sebenar yang dibuktikan di banyak makmal.
Katanya, akibatnya di Jengka sahaja seramai 1,040 peneroka tampil menyaman pihak Felda dan selepas raya ini dijangka beribu-ribu peneroka seluruh Pahang akan mengambil tindakan serupa.
“Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu ketika memberi kemenangan kepada peneroka Felda Kemahang yang menyaman Felda atas isu KPG ini, berkata ada konspirasi antara Felda Kilang dengan pengurus rancangan,” katanya.
Mengenai borang Felda Plantation yang diagihkan oleh Anak sejak tiga bulan lalu, Mazlan berkata ia mendapat sambutan di seluruh negara kerana merupakan tawaran menarik dan bakal memberi impak ekonomi di kawasan Felda.
Tambahnya, jika tanah rancangan tersebut dibukakan kepada umum 80,000 terutamanya anak peneroka akan mendapat manfaat dengan kewujudan 200 Felda baru

Aug 10, 2011

Jul 20, 2011

Tak sabar nak tengok video polis Msia yang lemah lembut


WEDNESDAY, JULY 20, 2011


Oleh SERIKANDI MUJAHIDAH

SM nak juga komen sikit pasal polis nak siarkan video yang nak memaparkan bahawa polis-polis Malaysia semua lemah lembut dan lebih lembut dari orang lembut. Dan nak buktikan pada rakyat bahawa orang-orang yang terlibat dengan himpunan harrrram bersih 2.0 tu telah mengkasari polis-polis. 

Hairan juga..kenapa perlu ambil masa nak siarkan…lebih baik terus saja..kerana rakaman himpunan bersih 2.0 tentunya ada dalam simpanan. Nak yang lebih canggih..kenapa tak buat live saja…supaya rakyat tengok betapa berbudi bahasanya polis-polis Malaysia yang menjadi tunggangan UMNO hamprak tu!!!


SM masih ingat lagi peristiwa rompakan senjata di kem askar wataniah di Grik sedikit masa lalu yang melibatkan kumpulan Al-Ma’unah. Berhempas pulaslah…mereka buat ulang tayang (bukan watak sebenar) nak tengok timing berapa lama senjata-senjata tu semua boleh dirampas..so..kerja nak lakon semula ni..memang UMNO cukup cekap dan berpengalaman.

Cuma biasalah, nak cari pengarah dramanya, nak siapkan skrip, nak cari pelakon..sebelum tu skrip kena tunjuk dulu kat ketua pengarah no 1….tentulah ambil masa sikit. 

Banyak dah berlaku…aksi lakon semula seorang pakcik melempar batu kepada polis semasa majlis ceramah di Terengganu, aksi seorang anak muda membakar bendera Malaysia di majlis dan tempat yang sama…ingat tak lagi..so kerja-kerja macamtu bukanlah masalah sangat bagi mereka. 

Pakcik gila kat tangga Sogo tu pun pelakon hebat..ujung tahun ni boleh award. Dah la tua..gila pulak..tp yang aneh..boleh ingat fakta..cukup dengan tarikh..dan asyik-asyik marahkan himpunan bersih…cakap pun sebutan betul..terrrrraa betul pakcik tu…kalau digilap elok-elok rasa-rasanya Usuf Aslam ambik buat pelakon drama Gerak Khas…( setuju ngan SM?)

Nanti bila siap video yang kononnya nak buktikan polis-polis semua “baik-baik” belaka..kita kena perhati betul-betul…kepada sahabat-sahabat yang join bersih 2.0…pastikan betul-betul..SM rasa tak mustahil..pelakon import dari Bangladesh turut menjadi pelakonnya…

Inilah fitnah dunia…yang penting kepuasan…salah atau betul belakang kira. Cuma SM sukalah nak ingatkan brader-brader polis tu…ambil pengalaman sahabat-sahabat polis hutan kita yang terlibat dengan peristiwa berdarah Memali…SM tak berhajat nak tulis disini tapi pandang-pandanglah apa yang telah berlaku kepada sebahagian daripada mereka. 

Tugas mengawal keselamatan negara adalah tugas mulia tetapi ianya akan menjadi sehina-hinanya sekiranya kuasa yang ada disalah guna lebih-lebih lagi membunuh dan menyeksa pejuang-pejuang Islam demi menjaga perut kerana takutkan pemerintah yang zalim. 

Kerana semua orang tahu dan akui…yang beriman ke..yang tidak beriman ke…lambat atau cepat pasti akan MATI.

Jul 10, 2011

Banyak perlu diperbaiki ekoran Bersih 2.0 - Timb menteri


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 10 Julai: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah (gambar) mengakui "banyak perkara yang perlu diperbaiki" oleh BN ekoran perhimpunan Bersih 2.0 semalam.
Ketika bercakap kepada laman web The Malaysian Insider semalam,  Saifudin berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagaicara menangani perhimpunan aman.
"Dalam konteks perhubungan politik, kita perlu perbaiki banyak," kata Saifudin yang juga anggota Parlimen Temerloh itu.
Beliau bersetuju perhimpunan di stadium adalah lebih baik berbanding dengan di jalan raya namun dia tidak bersetuju dengan pandangan mudah bahawa "jika berlaku dijalan raya ia akan kecoh, kerana banyak juga perhimpunan di jalan raya berjalan dengan aman."
Perhimpunan Bersih 2.0 pada asalnya adalah perhimpunan aman untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agung bagi memohon agar pilihan raya diadakan dalam keadaan bersih dan adil.
Lapan tuntutan dikemukakan kepada SPR ke arah memenuhi hasrat itu.
Namun, kerajaan BN menyifatkan perhimpunan ini bakal menjadi kecoh dan menganggu keharmonian di ibu negara.
Perdana Menteri mencadangkan agar ianya diadakan  di stadium dan bersedia untuk membantu mendapatkan stadium yang sesuai.
Selepas bertemu dengan Yang Dipertuan Agung, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan perhimpunan ini akan diadakan di stadium dan Stadium Merdeka menjadi pilihan.
Namun, mesyuarat kabinet selepas itu memutuskan, perhimpunan itu tidak dibenarkan berjalan di mana-mana stadium di Kuala Lumpur termasuk Stadium Merdeka.
Polis pula yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri mengambil pendirian bertembung dengan perhimpunan ini dengan menyekat seluruh Kuala Lumpur umpama dharurat sebagaimana yang digambarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia.
Ketua Polis Negara hari ini mengumumkan, 1401 peserta perhimpunan telah ditangkap termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, timbalannya, Haji Mohamad Sabu, Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Azmin Ali (timbalan presiden PKR) dan lain-lain.
Penangkapan Mohamad Sabu dibuat dengan kasar apabila motorsikal yang ditumpanginya dilanggar oleh sebuah kereta polis sehingga beliau terjatuh dan menangkap beliau.
Akibat rempuhan itu, lututnya luka berdarah dan sukar untuk berjalan tanpa bantuan.

Jul 9, 2011

Macamlah negara di ambang perang


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Mula-mula Umno Barisan Nasional (UBN) berkata peniaga akan rugi dan jalan akan jadi jam dan sesak jika perhimpunan jalan diadakan di Kuala Lumpur.
“Kini polis menutup puluhan jalan, apakah ia tidak menyebabkan sesak?
“Apakah dengan tutup semua jalan, larangan masuk KL tidak merugikan peniaga?” soal Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Suasana gila yang diwujudkan sekarang akibat tindakan kerajaan dan juga pihak polis yang tidak konsisten dan membingungkan, kata Tuan Ibrahim menzahirkan betapa UBN jadi serba tak kena.
“Mula-mula dulu serang habis-habisan Bersih 2.0 dengan melemparkan pelbagai tuduhan liar sehingga tahap mereka dituduh pengkhianat, mengganggu, pemusnah negara dan lain-lain.
“Kemudiannya, selepas Agong bertitah, Perdana Menteri sendiri memberikan cadangan agar perhimpunan aman itu diadakan di stadium, pilih mana-mana stadium, bertempiklah sampai pagi pun kita tak halang.
“Sekarang apabila Bersih 2.0 memilih stadium, nada penipu mula zahir – Bersih 2.0 terus dituduh sebagai pertubuhan haram, tak ada permit, melanggar undang-undang lalu dikeluarkan satu perintah mahkamah senarai semua pimpinan yang dilarang memasuki Kuala Lumpur, dan mula menyekat kereta tertentu.
“Inilah tanda Umno Barisan Nasional semakin gila, gila yang tiada lagi ubat,” kata beliau dengan sinis.
Rakyat juga tertawa dengan gelagat UBN terhadap Bersih 2.0, yang disifatkan Tuan Ibrahim sebagai tanda jelas bahawa parti pemerintah tersebut berada dalam kini keadaan betul-betul panik bagaikan bakal dimusnahkan dengan pilihanraya yang bersih dan adil.
“Belum pernah dalam sejarah negara, ada rakyat sendiri tidak dibenar masuk dan bergerak bebas ke ibu kota dengan puluhan jalan ditutup, sekatan jalan raya di seluruh negara, stesen bas dipindah, permit bas dibeku, apa-apa yang kuning dilarang dan lebih kronik lagi semua polis, FRU dan tentera diarahkan untuk standby…’macamlah’ negara berada di ambang perang,” kata beliau.
Bahkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini turut menggambarkan suasana sedemikian dengan menggunakan 'KL darurat hari ini?' sebagai tajuk utama. 
Selain menutup puluhan jalanan, polis semalam turut mendapat perintah mahkamah untuk menghalang hampir semua pemimpin tertinggi PAS termasuk dalam 91 individu untuk berada di ibu negara hari ini untuk perhimpunan aman di Stadium Negara.
Putrajaya juga bertindak untuk menutup Puduraya untuk sementara waktu mulai tengah malam semalam dan dipindahkan ke lokasi lain dipercayai untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar memaklumkan pihaknya tidak akan mengeluarkan lesen sementara kepada bas kilang dan sekolah ke Kuala Lumpur.
Justeru itu, bas-bas ke utara dan timur akan beroperasi di perhentian Jalan Duta manakala bas-bas ke selatan pula akan bergerak dari Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan.
Selain Hentian Puduraya, warga Kuala Lumpur boleh menggunakan perkhidmatan bas di Hentian Jalan Duta, Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan dan Hentian Pekeliling.
Dengan ketakutan melampau yang ditunjukkan muktahir ini, Tuan Ibrahim berkata UBN kini boleh diibaratkan sebagai orang sakit tenat yang baru sahaja dimaklumkan oleh doktor yang hayatnya hanya ada beberapa bulan saja lagi.
“Bayangkan 'pesakit' hanya menghitung saat dengan penuh ketakutan dan kengerian - itulah realiti kepada reaksi Umno Barisan Nasional terutamanya Umno hari ini,” selar beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, sambil menyeru rakyat untuk ‘membungkus’ UBN yang gila ini pada Pilihan raya Umum ke 13 supaya ia tidak meracau lagi.
Sementara itu, polis menutup puluhan jalan yang menghala ke pusat bandaraya mulai jam 12.01 tengah malam tadi iaitu Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru, Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban, Bulatan Sungai Besi, Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu, Bulatan Pudu/Jalan Pudu, Bulatan Pudu/Jalan Pasar, Jalan Kajang/Bulatan Sungai Besi.
Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak, Jalan Cochrane/Jalan Tun Razak (Jalan Pasar), Jalan Tun Razak/Kondo Ezora, Kondo Ezora/susur Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi, Bulatan Kampung Pandan, Jalan Selatan, Susur Jalan Tun Razak/Bukit Bintang, Lampu isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Bukit Bintang, Jalan Kampung Pandan/persimpangan bertingkat ke PD 92, Jalan Tun Razak/Jalan Kia Peng, Jalan Tun Razak/Jalan Eaton, Jalan Tun Razak/Persiaran Stonor, Jalan Tun Razak/Lorong Kuda, Jalan Tun Razak/susur Jalan Ampang (Esso).
Jalan Tun Razak/Jalan Ampang, Jalan Tun Razak/Megan Phileo, Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Tun Razak/terowong KLCC, Jalan Tun Razak/Perkeso, Jalan Tun Razak/Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Tun Razak/parking IJN, Jalan Tun Razak/Bangunan IJN Baru, Jalan Tun Razak/Padang Bola HKL, susur Tun Razak/Bulatan Pahang, Bulatan Pahang, Jalan Genting Klang/terowong Bulatan Pahang, Jalan Pekeliling/Stesen Bas Pekeliling, susur Pekeliling/Jalan Ipoh, Jalan Ipoh/Jalan Rahmat.
Jalan Tun Razak/Jalan Tun Ismail, Jalan Tun Razak/susur Jalan Kuching, Jalan Tun Razak/susur PWTC (Sekolah Maxwell), Jalan Tun Ismail/susur Jalan Kuching (susur Kiblat), Jalan Tun Ismail/Jalan Putra, Jalan Putra/Jalan Raja Laut, Jalan Pahang/Jalan Raja Muda Abdul Aziz/Jalan Tuan ku Abdul Rahman.
Jalan Mahameru/susur Parlimen, Jalan Duta / susur Jalan Parlimen, Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium Negara), Jalan Mahameru/susur Wisma Tani, jejambat Wisma Tani, Jalan Mahameru/susur Carcosa, susur Jalan Damansara/Jalan Travers, Jalan Bangsar/Jalan Travers, Jalan Travers/Jalan Damansara (Balai Travers Lama), Jalan Kl Sentral/Muzium Negara, Jalan Klang Lama/Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Klang Lama/Salak Expressway (pusingan U), Lebuh Raya Persekutuan/Jalan Syed Putra, susur Jalan Tun Sambanthan/Jalan Sulaiman, Jalan Sulaiman (KTM).

Jun 29, 2011

Memalukan: Kerajaan Peralatkan Si Karam Singh, Bila 'Tergamak Suruh' Dia Banding Tahap Radiasi Lynas Dengan Di Pejabat Ahli Parlimen Kuantan !!

Memalukan: Kerajaan Peralatkan Si Karam Singh, Bila 'Tergamak Suruh' Dia 

Ramai pihak yang ditemui malam tadi merasa terharu dan lucu melihat keletah Karam Singh (foto), memperkatakan isu Lynas. Siaran berita secara eksklusif yang diusahakan oleh syarikat televisyen swasta TV3 itu benar-benar menjatuhkan maruah beliau sebenarnya. Nampak sangat Karam Singh telah diupah dan dibayar dengan harga-harga tertentu untuk menyokong keputusan pakar-pakar IAEA yang akan memutuskan kononnya Lynas itu selamat buat rakyat Kuantan hujung bulan ini. Siaran eksklusif Lynas yang disiarkan menerusi rancangan Buletin Utama TV3 bermula malam tadi hingga esok itu benar-benar memalukan sebenarnya. Paling mengejutkan bila Karam Singh sanggup diperalatkan untuk mengukur tahap radiasi Pejabat Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh di Jalan Beserah yang begitu lantang memperjuangkan isu ini. Sepatutnya, TV3 harus lebih profesional untuk menyiarkan berita dan informasi tentang Lynas. Bukannya arahkan Karam Singh membuat "lawak bodoh" yang jelas membuktikan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang sudah tiada jalan lain agaknya.

[Dengan membandingkan tahap radiasi di pejabat Fuziah dan bahan terbabit di kilang Lynas Gebeng, ia bermakna Karam Singh memang diarahkan agar mengikut telunjuk pihak berkenaan untuk mengesahkan keterlanjuran mereka itu. Apakah kita yakin dengan penggunaan alat tersebut?. Bahkan jika pun tahap radiasi itu rendah, maka apakah kita boleh percaya ia adalah rare earth?. Mungkin sekarang ianya rendah, tetapi bagaimana dengan hari esok. Antara berhadapan dengan risiko atau tidak, maka adalah lebih baik tidak. Usahlah kerajaan bersusah payah membayar Karam Singh untuk menyokong sesuatu yang sudah terbukti berbahaya itu. Justeru itu rakyat diminta tidak terpengaruh dengan omongan kosong Karam Singh itu. Jadikanlah ia sebagai bahan jenaka khas ciptaan TV3].

Lynas @ Gabeng: Kebodohan Karam Singh

Semalam Buletin TV3 menyiarkan slot Lynas. Karam Singh yg terkenal sebagai pembela alam sekitar, gara gara mengikut telunjuk UMNO/BN akhirnya menzahirkan kebodohan diri sendiri. Beliau didapati mengambil sample tanah Rare earth dan mengukur kadar radiasi dan bagaikan dugung obesiti berlari lari ke pejabat YB Fuziah untuk mengukur kadar radiasi. 

Isunya bukan tanah semulajadi yg dicipta tuhan. Semua ciptaan tuhan mengeluarkan radiasi semulajadi. Persoalannya, bagaimana pemprosesan untuk ekstrak bahan itu. Bagaimana dan dimana sisi itu dilupuskan. Bab ini masih menjadi mesteri dan rahsia. Karam singh seperti ketinggalan bas atau pun bagaikan kapal yg karam dilautan dalam. Kami di Balok tak bincangpun persoalan tanah yg belum diproses.

Sehingga hari ini Pelan pengurusan sisa gagal dijelaskan oleh Lynas. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) hanya akan berada di Gebeng dalam jangka waktu tertentu. CEO Lynas kata mereka dah dapat keizinan untuk tanam disini buat selama-lamanya. Kenyataan siapakah yg benar dalam hal ini. Semuanya ini bagaikan dua ekor biawak yg menyembunyikan lidah yg bercabang. 

Inilah masanya Karam singh boleh buat tawaran agar sisa selepas pemprosesan itu dihantar ke rumahnya memandangkan belum ada penemuan yg konkrik bagaimana sisa itu diurus. Manfaatkan sisa itu untuk baja penyubur bulu-bulu yg penuh di badan.

Nasihat saya.. Jangan jadi manusia yg hidup mengikut telunjuk kapitalis kelak kami akan jadi bagaikan manusia yg mabuk todi, satu apa pun orang tak akan percaya lagi.

Jun 25, 2011

KENYATAAN MEDIA - PAS PAHANG ROMBAK JENTERA HADAPI PRU13

24 Rejab 1432 H | 25 Jun 2011

KENYATAAN MEDIA

PAS Pahang baru selesai mengadakan mesyuarat pertamanya, dengan memfokuskan agenda kepada penstrukturan jawatankuasa baru Badan Perhubungan Negeri. Perubahan beberapa jawatankuasa memperlihatkan penyertaan golongan muda sebagai barisan palapis mula ditonjol dalam menyediakan satu pasukan bagi menghadapi PRU 13. 

PAS Pahang membuat rombakan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dengan memasukkan Us Nasaruddin Hassan Tantawi sebagai Timbalan Pesuruhjaya. Tindakan ini dilihat sebagai satu usaha memantapkan barisan pemuda negeri sebagai tenaga penting dalam persiapan pilihanraya. 

Berikut senarai penuh Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pahang:

Pesuruhjaya                  :   Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Timbalan PJ 1                :   Us Yusuf bin Embong

Timbalan PJ 2                :    Dr Hamzah Jaafar

Timbalan PJ 3                :    Us Nasaruddin Hassan Tantawi

S/U Perhubungan          :    Roslan Zainal

Bendahari                     :    Ir Musanif Abd Rahman

Ketua Penerangan        :   Us. Suhaimi bin Saad
Ketua D. Pemuda          :    Us Shahril Azman b. Abd Halim AlHafiz

Ketua D. Ulamak           :   Us Mokhtar Senik

Ketua D. Muslimat         :   Pn Salamiah bt Mohd Nor

Pengarah JPR                :   Abdul Majid Hassan


Ahli Jawatankuasa - 
Sdr Hasanuddin Salim; Yb Syed Hamid bin Sy Mohamad; Sdr Andansura bin Rabu; Yohanis bin Ahmad; Alawiyyah Abdullah; Siti Ruhani bt Abu Bakar; Ramli bin Awang Abd Rahman

Mesyuarat hari ini juga telah membuat komitmen untuk menggerakkan ahli dan penyokong PAS Pahang seramai 30,000 orang untuk menyertai Himpunan Aman BERSIH 02 pada 9hb Julai nanti. 


PAS Pahang akan membantu pasukan keselamatan bagi memastikan himpunan ini akan berjalan dengan aman, dan mengecam sebarang tindakan bersifat provokasi yang cuba dicetuskan oleh mana-mana pihak.


Mesyuarat juga menggesa agar ditingkatkan usaha bantahan terhadap projek Lynas yang mempunyai risiko kepada kehidupan penduduk dan alam sekitar. Mesyuarat dimaklumkan  beberapa himpunan bantahan yang berterusan akan diadakan di sekitar Kuantan, bersama dengan pelbagai NGO, dan menggesa ahli PAS turut sama dalam siri bantahan tersebut.

Jun 24, 2011

MENGAPA TERUK SANGAT ISA SAMAD?


Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad seolah-olah mengaku bahawa sememangnya Felda ada meminjam wang yang dikatakan berjumlah RM6 Bilion daripadaLinkKWSP. Jawapan mudah dari Isa Samad," Apa masalahnya meminjam wang dari KWSP?".

Kenyataan bekas MB Negeri Sembilan yang pernah disabitkan atas kesalahan rasuah ini menggambarkan seolah-olah wang KWSP itu adalah wang milik warisan mak dan bapak beliau. Beliau menyebut, jika KWSP memberi pinjaman kepada Felda itu menunjukkan bahawa satu `penghormatan' kepada Felda. Saya tidak tahu selama ini orang yang suka meminjam itu layak diberi `penghormatan'. Baca kenyataan penuh beliau di sini.

Beliau memberi contoh, beliau ada wang tetapi tetap membeli kereta dengan cara pinjaman. Maksud beliau, felda tidak muflis, felda banyak wang tetapi `sengaja' mahu meminjam. Mungkin untuk mendapatkan `penghormatan' sepertimana yang beliau sebut. Saya ingin bertanya, adakah Isa Samad membuat pinjaman membeli kereta dengan KWSP? Adakah KWSP merupakan agensi kewangan atau sebuah institusi seperti bank?

Ada beza kita meminjam wang dengan bank dengan kita meminjam wang dari KWSP. Bank sememangnya berniaga untuk memberi pinjaman bagi mendatangkan keuntungan. Apa pula tujuan KWSP diwujudkan? Adakah mudah bagi pencarum-pencarum KWSP meminjam wang dari KWSP sepertimana mudahnya felda meminjam? Berapa jumlah caruman felda kepada KWSP? Adakah ada jaminan felda mampu membayar balik pinjaman tersebut dan berapa keuntungan yang boleh dinikmati oleh KWSP?

Jelas, sekali lagi KWSP diperkudakan oleh agensi kerajaan Umno/Bn. Sebelum ini kita dengar banyak wang telah digunakan sewenang-wenangnya yang diambil dari Petronas. Berbeza dengan rakyat, apabila pelajar gagal membayar balik pinjaman PPTN mereka diberi amaran untuk diambil tindakan dengan berbagai cara. Sebaliknya puak ini termasukl felda bebas meminjam dari mana-mana sumber.

Jika hal seperti ini pun rakyat tidak boleh memikirkan dengan baik, amat malang sekali buat negara kita. Justeru itu, kebangkitan rakyat termasuk seluruh warga felda harus bermula dari sekarang untuk memilih kerajaan baru yang boleh membela nasib kita semua.

kenapa mereka sokong dato' T


inilah rupa pengarah (future director) filem/video lucah. mahkamah dah longgarkan hukuman bermakna mengeluarkan filem/video lucah diMalaysia sudah sampai pada tahap "diharuskan"pembikinan nya jika "perlu"



pelakun utama dan tambahan turun memberi semangat agar mereka terpilih sebab sanggup berkorban mempertahankan pengarah dan pengedar video/filem lucah dato T



ini adalah bakal pelakon "kekasih ku Gelap"

Jun 16, 2011

RM30 juta bakal diniagakan : PDRM jamin kelancaran BERSIH 2.0.


Posted: 2011-06-16 14:33:00 UTC+08:00
Oleh : AdukaTaruna

Jangan bimbang tuan-puan. Base on record, bukti bergambar, PDRM memberikan kita jaminan bahawa demo BERSIH 2.0 tidak akan diganggu, malah akan diberikan kawalan keselamatan bertaraf dunia.


Anggaran 300k peserta seluruh negara akan berkumpul di ibu negara. Jika seorang membelanjakan RM100, secara kasarnya RM30 juta bakal diniagakan dalam negara pada hari tersebut.


            

(ANTARA DEMONSTRASI YANG DILAKUKAN OLEH UMNO, DIBIARKAN SAHAJA OLEH POLIS)

PERHIMPUNAN BERSIH `HARAM', PERHIMPUNAN PERKASA SUNAT, KOT?


THURSDAY, JUNE 16, 2011

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI dijangka, tiada yang `halal' jika ianya dilakukan oleh pihak Pembangkang. Perhimpunan haram seringkali dikaitkan dengan PR. Hari ini, akhbar Sinar memetik kenyataan dari Ulamak Muda Umno, Fathul Bari yang menghukumkan haram perhimpunan yang mungkin merujuk kepada Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul nanti.

Namun demikian, beliau memberi tafsiran `haram' itu jika perhimpunan tersebut membawa kepada kekerasan dan huru-hara. Tidak pula beliau ulas kebiasaannya pihak mana yang memulakan kekecohan atau provokasi. Berbeza dengan kenyataan Dewan Ulamak PAS Pusat yang menyebut Wajib mengadakan perhimpunan secara aman kerana untuk menentang kemungkaran dan ketidakadilan.

Semasa kumpulan PERKASA mengadakan demontrasi serentak di seluruh negeri mendesak DNA DS Anwar, tidak pula timbul kenyataan dari Ulamak Muda Umno ini. Mungkin perhimpunan itu wajib, sunat, harus atau makruh sahaja.

Oleh yang demikian, dapat kita rumuskan bahawa perhimpunan Bersih nanti adalah satu perhimpunan untuk menuntut keadilan di dalam sistem demokrasi di negara ini. Satu perhimpunan yang aman dan terkawal. Justeru itu, tidak timbul soal haram perhimpunan tersebut.

Ulamak Muda Umno ini tidak perlu bimbang akan jatuh `haram' jika perhimpunan ini diadakan sekiranya tiada provokasi dari mana-mana pihak. Jadi, jangan menghukum terlebih awal. Banyak lagi yang haram di negara ini yang telah berpuluh tahun berlaku, wajar perkara tersebut diulas oleh Ulamak Muda Umno ini dari mengulas perkara yang belum berlaku. Lagipun, sejarah telah membuktikan bahawa tiada perhimpunan yang huru-hara dilakukan oleh Pembangkang melainkan ada `syaitan' yang datang mengangu./wfauzdin.blogspot.com

Jun 15, 2011

DEMO BERSIH ALIRKAN RM30JUTA UNTUK PENIAGA, SANGKAL DAKWAAN BODOH AHMAD MASLAN


KUALA LUMPUR, 15 Jun: Peserta himpunan yang bakal hadir pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti adalah seramai 300 ribu orang yang datang dari seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang
.
Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat (gambar)berkata, dalam masa 3 jam sahaja, aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2.0 adalah RM30 juta kerana mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain.

"Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur. Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda.

"Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini," ujar beliau.

Menurutnya, minda anak-anak muda diyakini sudah jauh terbuka terhadap himpunan aman, apabila masyarakat di tanah air kini sudah boleh menerima bahawa himpunan aman adalah satu keperluan kepada negara demokrasi seperti Malaysia. 

Katanya, pelancong-pelancong yang datang ke negara ini diyakini turut berpuas hati melihat himpunan yang diadakan itu kerana ia berlangsung dengan aman yang sekali gus menggambarkan keharmonian di tanah air.

Beliau berkata, keadaan itu samalah juga seperti mereka melihat sambutan Maulidur Rasul dan perayaan Thaipusam di Batu Caves yang berlangsung dengan aman.

Menurut beliau, oleh itu, pihak polis perlulah bekerjasama dengan penganjur bagi menjayakan aktiviti itu, dengan membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman tersebut.

Katanya, jika pihak polis bersedia membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman itu, tiada kekacauan akan berlaku dan pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa.
 
"Semua pihak hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Pihak kerajaan, Polis, Jawatankuasa Bersih 2.0, Perkasa, Pekida, parti-parti politik dan lain-lain pihak harus menghormati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Sebagai contoh, menurut beliau, mengapa tidak pihak polis membuat reformasi dalam menguruskan peserta himpunan dengan meletakkan anggota polis di sepanjang jalan dari Jalan Chow Kit ke Istana Negara, dengan Ketua Polis Negara memandu Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga ke Istana Negara.

Manakala di laluan yang lain, katanya, Timbalan Ketua Polis Negara pula mengiringi Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menuju ke Istana Negara.

Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan media tempatan baru-baru ini menyatakan bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi.

Beliau turut menyifatkan himpunan itu adalah ancaman kepada ekonomi negara, khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing.

Menurut Suhaizan, perkara pertama yang wajib difahami oleh Datuk Ahmad Maslan adalah himpunan aman tanpa senjata adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia.

"Ini bermakna bahawa himpunan tanpa senjata adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama untuk hadir dalam himpunan aman," tegasnya.