Jun 29, 2011

Memalukan: Kerajaan Peralatkan Si Karam Singh, Bila 'Tergamak Suruh' Dia Banding Tahap Radiasi Lynas Dengan Di Pejabat Ahli Parlimen Kuantan !!

Memalukan: Kerajaan Peralatkan Si Karam Singh, Bila 'Tergamak Suruh' Dia 

Ramai pihak yang ditemui malam tadi merasa terharu dan lucu melihat keletah Karam Singh (foto), memperkatakan isu Lynas. Siaran berita secara eksklusif yang diusahakan oleh syarikat televisyen swasta TV3 itu benar-benar menjatuhkan maruah beliau sebenarnya. Nampak sangat Karam Singh telah diupah dan dibayar dengan harga-harga tertentu untuk menyokong keputusan pakar-pakar IAEA yang akan memutuskan kononnya Lynas itu selamat buat rakyat Kuantan hujung bulan ini. Siaran eksklusif Lynas yang disiarkan menerusi rancangan Buletin Utama TV3 bermula malam tadi hingga esok itu benar-benar memalukan sebenarnya. Paling mengejutkan bila Karam Singh sanggup diperalatkan untuk mengukur tahap radiasi Pejabat Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh di Jalan Beserah yang begitu lantang memperjuangkan isu ini. Sepatutnya, TV3 harus lebih profesional untuk menyiarkan berita dan informasi tentang Lynas. Bukannya arahkan Karam Singh membuat "lawak bodoh" yang jelas membuktikan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang sudah tiada jalan lain agaknya.

[Dengan membandingkan tahap radiasi di pejabat Fuziah dan bahan terbabit di kilang Lynas Gebeng, ia bermakna Karam Singh memang diarahkan agar mengikut telunjuk pihak berkenaan untuk mengesahkan keterlanjuran mereka itu. Apakah kita yakin dengan penggunaan alat tersebut?. Bahkan jika pun tahap radiasi itu rendah, maka apakah kita boleh percaya ia adalah rare earth?. Mungkin sekarang ianya rendah, tetapi bagaimana dengan hari esok. Antara berhadapan dengan risiko atau tidak, maka adalah lebih baik tidak. Usahlah kerajaan bersusah payah membayar Karam Singh untuk menyokong sesuatu yang sudah terbukti berbahaya itu. Justeru itu rakyat diminta tidak terpengaruh dengan omongan kosong Karam Singh itu. Jadikanlah ia sebagai bahan jenaka khas ciptaan TV3].

Lynas @ Gabeng: Kebodohan Karam Singh

Semalam Buletin TV3 menyiarkan slot Lynas. Karam Singh yg terkenal sebagai pembela alam sekitar, gara gara mengikut telunjuk UMNO/BN akhirnya menzahirkan kebodohan diri sendiri. Beliau didapati mengambil sample tanah Rare earth dan mengukur kadar radiasi dan bagaikan dugung obesiti berlari lari ke pejabat YB Fuziah untuk mengukur kadar radiasi. 

Isunya bukan tanah semulajadi yg dicipta tuhan. Semua ciptaan tuhan mengeluarkan radiasi semulajadi. Persoalannya, bagaimana pemprosesan untuk ekstrak bahan itu. Bagaimana dan dimana sisi itu dilupuskan. Bab ini masih menjadi mesteri dan rahsia. Karam singh seperti ketinggalan bas atau pun bagaikan kapal yg karam dilautan dalam. Kami di Balok tak bincangpun persoalan tanah yg belum diproses.

Sehingga hari ini Pelan pengurusan sisa gagal dijelaskan oleh Lynas. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) hanya akan berada di Gebeng dalam jangka waktu tertentu. CEO Lynas kata mereka dah dapat keizinan untuk tanam disini buat selama-lamanya. Kenyataan siapakah yg benar dalam hal ini. Semuanya ini bagaikan dua ekor biawak yg menyembunyikan lidah yg bercabang. 

Inilah masanya Karam singh boleh buat tawaran agar sisa selepas pemprosesan itu dihantar ke rumahnya memandangkan belum ada penemuan yg konkrik bagaimana sisa itu diurus. Manfaatkan sisa itu untuk baja penyubur bulu-bulu yg penuh di badan.

Nasihat saya.. Jangan jadi manusia yg hidup mengikut telunjuk kapitalis kelak kami akan jadi bagaikan manusia yg mabuk todi, satu apa pun orang tak akan percaya lagi.

Jun 25, 2011

KENYATAAN MEDIA - PAS PAHANG ROMBAK JENTERA HADAPI PRU13

24 Rejab 1432 H | 25 Jun 2011

KENYATAAN MEDIA

PAS Pahang baru selesai mengadakan mesyuarat pertamanya, dengan memfokuskan agenda kepada penstrukturan jawatankuasa baru Badan Perhubungan Negeri. Perubahan beberapa jawatankuasa memperlihatkan penyertaan golongan muda sebagai barisan palapis mula ditonjol dalam menyediakan satu pasukan bagi menghadapi PRU 13. 

PAS Pahang membuat rombakan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dengan memasukkan Us Nasaruddin Hassan Tantawi sebagai Timbalan Pesuruhjaya. Tindakan ini dilihat sebagai satu usaha memantapkan barisan pemuda negeri sebagai tenaga penting dalam persiapan pilihanraya. 

Berikut senarai penuh Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pahang:

Pesuruhjaya                  :   Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Timbalan PJ 1                :   Us Yusuf bin Embong

Timbalan PJ 2                :    Dr Hamzah Jaafar

Timbalan PJ 3                :    Us Nasaruddin Hassan Tantawi

S/U Perhubungan          :    Roslan Zainal

Bendahari                     :    Ir Musanif Abd Rahman

Ketua Penerangan        :   Us. Suhaimi bin Saad
Ketua D. Pemuda          :    Us Shahril Azman b. Abd Halim AlHafiz

Ketua D. Ulamak           :   Us Mokhtar Senik

Ketua D. Muslimat         :   Pn Salamiah bt Mohd Nor

Pengarah JPR                :   Abdul Majid Hassan


Ahli Jawatankuasa - 
Sdr Hasanuddin Salim; Yb Syed Hamid bin Sy Mohamad; Sdr Andansura bin Rabu; Yohanis bin Ahmad; Alawiyyah Abdullah; Siti Ruhani bt Abu Bakar; Ramli bin Awang Abd Rahman

Mesyuarat hari ini juga telah membuat komitmen untuk menggerakkan ahli dan penyokong PAS Pahang seramai 30,000 orang untuk menyertai Himpunan Aman BERSIH 02 pada 9hb Julai nanti. 


PAS Pahang akan membantu pasukan keselamatan bagi memastikan himpunan ini akan berjalan dengan aman, dan mengecam sebarang tindakan bersifat provokasi yang cuba dicetuskan oleh mana-mana pihak.


Mesyuarat juga menggesa agar ditingkatkan usaha bantahan terhadap projek Lynas yang mempunyai risiko kepada kehidupan penduduk dan alam sekitar. Mesyuarat dimaklumkan  beberapa himpunan bantahan yang berterusan akan diadakan di sekitar Kuantan, bersama dengan pelbagai NGO, dan menggesa ahli PAS turut sama dalam siri bantahan tersebut.

Jun 24, 2011

MENGAPA TERUK SANGAT ISA SAMAD?


Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad seolah-olah mengaku bahawa sememangnya Felda ada meminjam wang yang dikatakan berjumlah RM6 Bilion daripadaLinkKWSP. Jawapan mudah dari Isa Samad," Apa masalahnya meminjam wang dari KWSP?".

Kenyataan bekas MB Negeri Sembilan yang pernah disabitkan atas kesalahan rasuah ini menggambarkan seolah-olah wang KWSP itu adalah wang milik warisan mak dan bapak beliau. Beliau menyebut, jika KWSP memberi pinjaman kepada Felda itu menunjukkan bahawa satu `penghormatan' kepada Felda. Saya tidak tahu selama ini orang yang suka meminjam itu layak diberi `penghormatan'. Baca kenyataan penuh beliau di sini.

Beliau memberi contoh, beliau ada wang tetapi tetap membeli kereta dengan cara pinjaman. Maksud beliau, felda tidak muflis, felda banyak wang tetapi `sengaja' mahu meminjam. Mungkin untuk mendapatkan `penghormatan' sepertimana yang beliau sebut. Saya ingin bertanya, adakah Isa Samad membuat pinjaman membeli kereta dengan KWSP? Adakah KWSP merupakan agensi kewangan atau sebuah institusi seperti bank?

Ada beza kita meminjam wang dengan bank dengan kita meminjam wang dari KWSP. Bank sememangnya berniaga untuk memberi pinjaman bagi mendatangkan keuntungan. Apa pula tujuan KWSP diwujudkan? Adakah mudah bagi pencarum-pencarum KWSP meminjam wang dari KWSP sepertimana mudahnya felda meminjam? Berapa jumlah caruman felda kepada KWSP? Adakah ada jaminan felda mampu membayar balik pinjaman tersebut dan berapa keuntungan yang boleh dinikmati oleh KWSP?

Jelas, sekali lagi KWSP diperkudakan oleh agensi kerajaan Umno/Bn. Sebelum ini kita dengar banyak wang telah digunakan sewenang-wenangnya yang diambil dari Petronas. Berbeza dengan rakyat, apabila pelajar gagal membayar balik pinjaman PPTN mereka diberi amaran untuk diambil tindakan dengan berbagai cara. Sebaliknya puak ini termasukl felda bebas meminjam dari mana-mana sumber.

Jika hal seperti ini pun rakyat tidak boleh memikirkan dengan baik, amat malang sekali buat negara kita. Justeru itu, kebangkitan rakyat termasuk seluruh warga felda harus bermula dari sekarang untuk memilih kerajaan baru yang boleh membela nasib kita semua.

kenapa mereka sokong dato' T


inilah rupa pengarah (future director) filem/video lucah. mahkamah dah longgarkan hukuman bermakna mengeluarkan filem/video lucah diMalaysia sudah sampai pada tahap "diharuskan"pembikinan nya jika "perlu"



pelakun utama dan tambahan turun memberi semangat agar mereka terpilih sebab sanggup berkorban mempertahankan pengarah dan pengedar video/filem lucah dato T



ini adalah bakal pelakon "kekasih ku Gelap"

Jun 16, 2011

RM30 juta bakal diniagakan : PDRM jamin kelancaran BERSIH 2.0.


Posted: 2011-06-16 14:33:00 UTC+08:00
Oleh : AdukaTaruna

Jangan bimbang tuan-puan. Base on record, bukti bergambar, PDRM memberikan kita jaminan bahawa demo BERSIH 2.0 tidak akan diganggu, malah akan diberikan kawalan keselamatan bertaraf dunia.


Anggaran 300k peserta seluruh negara akan berkumpul di ibu negara. Jika seorang membelanjakan RM100, secara kasarnya RM30 juta bakal diniagakan dalam negara pada hari tersebut.


            

(ANTARA DEMONSTRASI YANG DILAKUKAN OLEH UMNO, DIBIARKAN SAHAJA OLEH POLIS)

PERHIMPUNAN BERSIH `HARAM', PERHIMPUNAN PERKASA SUNAT, KOT?


THURSDAY, JUNE 16, 2011

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI dijangka, tiada yang `halal' jika ianya dilakukan oleh pihak Pembangkang. Perhimpunan haram seringkali dikaitkan dengan PR. Hari ini, akhbar Sinar memetik kenyataan dari Ulamak Muda Umno, Fathul Bari yang menghukumkan haram perhimpunan yang mungkin merujuk kepada Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul nanti.

Namun demikian, beliau memberi tafsiran `haram' itu jika perhimpunan tersebut membawa kepada kekerasan dan huru-hara. Tidak pula beliau ulas kebiasaannya pihak mana yang memulakan kekecohan atau provokasi. Berbeza dengan kenyataan Dewan Ulamak PAS Pusat yang menyebut Wajib mengadakan perhimpunan secara aman kerana untuk menentang kemungkaran dan ketidakadilan.

Semasa kumpulan PERKASA mengadakan demontrasi serentak di seluruh negeri mendesak DNA DS Anwar, tidak pula timbul kenyataan dari Ulamak Muda Umno ini. Mungkin perhimpunan itu wajib, sunat, harus atau makruh sahaja.

Oleh yang demikian, dapat kita rumuskan bahawa perhimpunan Bersih nanti adalah satu perhimpunan untuk menuntut keadilan di dalam sistem demokrasi di negara ini. Satu perhimpunan yang aman dan terkawal. Justeru itu, tidak timbul soal haram perhimpunan tersebut.

Ulamak Muda Umno ini tidak perlu bimbang akan jatuh `haram' jika perhimpunan ini diadakan sekiranya tiada provokasi dari mana-mana pihak. Jadi, jangan menghukum terlebih awal. Banyak lagi yang haram di negara ini yang telah berpuluh tahun berlaku, wajar perkara tersebut diulas oleh Ulamak Muda Umno ini dari mengulas perkara yang belum berlaku. Lagipun, sejarah telah membuktikan bahawa tiada perhimpunan yang huru-hara dilakukan oleh Pembangkang melainkan ada `syaitan' yang datang mengangu./wfauzdin.blogspot.com

Jun 15, 2011

DEMO BERSIH ALIRKAN RM30JUTA UNTUK PENIAGA, SANGKAL DAKWAAN BODOH AHMAD MASLAN


KUALA LUMPUR, 15 Jun: Peserta himpunan yang bakal hadir pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti adalah seramai 300 ribu orang yang datang dari seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang
.
Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat (gambar)berkata, dalam masa 3 jam sahaja, aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2.0 adalah RM30 juta kerana mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain.

"Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur. Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda.

"Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini," ujar beliau.

Menurutnya, minda anak-anak muda diyakini sudah jauh terbuka terhadap himpunan aman, apabila masyarakat di tanah air kini sudah boleh menerima bahawa himpunan aman adalah satu keperluan kepada negara demokrasi seperti Malaysia. 

Katanya, pelancong-pelancong yang datang ke negara ini diyakini turut berpuas hati melihat himpunan yang diadakan itu kerana ia berlangsung dengan aman yang sekali gus menggambarkan keharmonian di tanah air.

Beliau berkata, keadaan itu samalah juga seperti mereka melihat sambutan Maulidur Rasul dan perayaan Thaipusam di Batu Caves yang berlangsung dengan aman.

Menurut beliau, oleh itu, pihak polis perlulah bekerjasama dengan penganjur bagi menjayakan aktiviti itu, dengan membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman tersebut.

Katanya, jika pihak polis bersedia membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman itu, tiada kekacauan akan berlaku dan pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa.
 
"Semua pihak hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Pihak kerajaan, Polis, Jawatankuasa Bersih 2.0, Perkasa, Pekida, parti-parti politik dan lain-lain pihak harus menghormati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Sebagai contoh, menurut beliau, mengapa tidak pihak polis membuat reformasi dalam menguruskan peserta himpunan dengan meletakkan anggota polis di sepanjang jalan dari Jalan Chow Kit ke Istana Negara, dengan Ketua Polis Negara memandu Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga ke Istana Negara.

Manakala di laluan yang lain, katanya, Timbalan Ketua Polis Negara pula mengiringi Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menuju ke Istana Negara.

Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan media tempatan baru-baru ini menyatakan bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi.

Beliau turut menyifatkan himpunan itu adalah ancaman kepada ekonomi negara, khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing.

Menurut Suhaizan, perkara pertama yang wajib difahami oleh Datuk Ahmad Maslan adalah himpunan aman tanpa senjata adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia.

"Ini bermakna bahawa himpunan tanpa senjata adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama untuk hadir dalam himpunan aman," tegasnya.

Jun 12, 2011

AJK Dan Pesuruhjaya PAS Yang Baru Dilantik


12 JUNE 2011


Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.


Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu 

Terengganu- Abdul Wahid Endut, 
Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, 
Selangor- Dr Abd Rani Osman, 
Melaka- Adly Zahari 
dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

Salah Beri Contoh Sebab Dapat Maklumat Salah




Mazlan Aliman menyertai jamuan makan malam dalam satu program bersama penduduk tempatan di Parlimen Bera. - Arkib PKB.




SHAH ALAM 11 JUN : Perdana Menteri Najib Razak "silap" memilih Felda dan Felcra sebagai bukti Umno mengamalkan negara berkebajikan kerana hakikat adalah peneroka dua rancangan itu menanggung hutang tinggi dan masa depan tidak menentu.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata Najib cuba menutup rekod buruk Felda dan Felcra selepas dua agensi itu diletakkan di bawah bidang kuasa beliau, beberapa tahun lalu.

" Apabila ianya telah dikorporatkan, masyarakat Felda dan Felcra hari ini telah menerima implikasi yang buruk di mana hutang mereka telah meningkat. Hutang mereka sebelum pengkorporatan hanya RM30 ribu tetapi selepas itu, hari ini hutang mereka menjangkau sehingga RM70 hingga RM80 ribu," tegas beliau.

Najib semalam mendakwa Felda dan Felcra adalah contoh jelas Umno-BN melaksanakan konsep Negara Berkebajikan.

Beliau membuat kenyataan itu setelah PAS menegaskan ia mahu menegakkan sebuah Negara Berkebajikan yang selari dengan ajaran Islam .

Mazlan berkata walaupun kerajaan Umno-BN mungkin merancang penubuhan negara berkebajikan, yang nyata ialah matlamat itu tersasar dengan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa sehingga menindas rakyat.

Merujuk kepada Felda, Mazlan berkata nasib generasi kedua dan ketiga peneroka amat tidak menentu.

" Sehingga hari ini generasi kedua dan ketiga Felda, yang duduk di tanah Felda lebih daripada 30 hingga 40 tahun, apa kebajikan yang kerajaan berikan kepada anak-anak peneroka?," kata beliau.

" Adakah sekadar kita hendak berikan mereka gelanggang futsal dan bola sahaja? Sedangkan kita harus memikirkan jaminan masa depan dan hala tuju mereka," tambahnya lagi. - TV Selangor
.


Perdana Menteri dan pimpinan tertinggi Umno Barisan Nasional mungkin telah dikelirukan oleh laporan media arus perdana semenjak ucapan dasar "Membangun Negara Berkebajikan" disampaikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Muktamar PAS ke-57 baru-baru ini.

Untuk mengelakkan kekeliruan dan kedangkalan maklumat sedemikian, kami menjemput rakan-rakan dari Felda terutamanya peneroka dan generasi kedua felda dari seluruh Malaysia khususnya di Bera, Pahang untuk menghadiri program penerangan berkaitan "Negara Berkebajikan" yang akan diadakan di Pusat Khidmat Umum Felda Tementi, Bera, Pahang pada 17 Jun 2011 ini bermula jam 9.00 malam.

PAS Kawasan Bera atas muafakat Pakatan Rakyat Parlimen Bera akan membawakan dua orang tokoh berkepakaran tinggi untuk mengupas topik ini; Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Ir. Haji Mohd Nizar Jamaluddin dan Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) Saudara Mazlan Aliman.

Yang penting dapatkan maklumat dari semua sumber yang tepat sebelum membuat pertimbangan dan keputusan. Janganlah kita turut terkeliru sebagaimana Perdana Menteri dikelirukan oleh laporan-laporan media arus perdana. - PKB.


Promo program di PKU Felda Tementi 17 Jun 2011 ini. Semua dijemput hadir! - PKB.

Asri: Umno nampak hipokrit kecam konsep negara kebajikan PAS


TERKINI @ 08:32:10 AM 10-06-2011

June 10, 2011
KUALA LUMPUR, 10 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Umno memperlihatkan sikap hipokrasi mereka dengan menentang pendirian terbaru PAS, yang minggu lalu mengetengahkan konsep negara berkebajikan.
Sehubungan itu kata Asri (gambar), Umno sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) dan mewakili suara orang Melayu, seharusnya mengalu-alukan perubahan pendirian PAS yang sebelum ini dilabel sebagai konservatif dan fanatik.
“Saya tidak tahu apa pendirian Umno sebenarnya. Dulu Umno yang mengecam PAS kata dikuasai oleh golongan ulama, sekarang golongan profesional ada, mereka masih hentam.
“Saya lihat Umno macam hipokrit... dulu dia (Umno) yang mengatakan bahawa PAS ini (parti) jumud, jadi saya lihat ini sikap yang tidak betul,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
“Kita tidak sepatutnya hentam mereka, sebaliknya perlu terbuka dan mengalu-alukan perubahan pendirian PAS ini... dulu bukan Islam takut dengan konsep negara Islam, sekarang PAS lebih terbuka, lebih ke depan daripada Umno... patut Umno alu-alukan dan bukannya mengkritik PAS,” kata beliau.
Tenaga akademik ini mengulas perkembangan kritikan ke atas PAS sejak pada Jumaat lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Ke-57 menekankan konsep membangun negara berkebajikan.
Dalam komen balasnya semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah selari dengan kehendak Islam.
Katanya, konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.
Justeru kata Menteri Besar Kelantan itu, kedua-dua perkara tersebut membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial.
Kata Nik Aziz, berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat.
Ini pandangan kedua Asri mengenai pendirian PAS yang menyentuh konsep negara berkebajikan.
Sabtu lalu, beliau menyifatkan PAS sudah mula memperlihatkan “kemajuan memberangsangkan” memandangkan ia sanggup mengakui bahawa dalam al-Quran tidak disebut negara Islam, cuma ditekankan ialah negara berkebajikan.
Muktamar PAS yang berakhir Ahad lalu dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.
Kata Asri, sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih ke hadapan, namun hari ini dengan kenyataan Hadi akan memberi nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS.
Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 Jumaat lalu, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk ‘negara Islam’, isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.
Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama ‘negara Islam’ itu semata-mata.
“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.
“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” katanya.
Dalam ulasan terbaru ini, Asri berkata, pendirian Umno seolah-olah menunjukkan bahawa “keadaan sudah terbalik” memandangkan parti itu ditolak ke belakang manakala PAS pula kelihatan dan menunjukkan sikap keterbukaan.
“PAS kini nampak lebih terbuka macam Umno dalam tahun 1980-an, patut Umno lebih mengalu-alukan perubahan sikap PAS... dulu mereka yang hentam ulama PAS, kononnya PAS ini fanatik... sekarang sudah terbalik keadaan,” kata Asri lagi.
“Sekarang PAS sudah berubah, Umno pula menentang. Saya pun tidak tahu apa yang Umno buat, saya rasa Umno sudah silap perhitungan,” katanya lagi.

Jun 11, 2011

Nik Aziz: Negara berkebajikan selari dengan Islam


June 10, 2011



KUALA LUMPUR, 10 Jun — Konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan 
Rakyat khususnya PAS, sebagaimana ditekankan minggu lalu, adalah selari
 dengan kehendak Islam, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu berkata konsep berkebajikan tidak semestinya memberi
 sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk 
kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan 
menutup kelab malam.
Justeru kata Menteri Besar Kelantan itu, kedua-dua perkara tersebut membawa
 kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima 
masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial.
“Islam ini dasar manakala berkebajikan adalah program Islam. Kebajikan 
bukan beri barang,” kata beliau di Kota Baru semalam.
Dipetik Bernama Online, Nik Aziz mengulas kenyataan beberapa pihak 
kononnya PAS sanggup meninggalkan perjuangan asal parti untuk memenangi
 pilihan raya umum dan tindakan itu menurut mereka, menyebabkan sokongan
 terhadap PAS merosot.
Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar 
Tahunan Ke-57 parti itu Jumaat lalu menekankan konsep membangun negara 
berkebajikan.
Penekanan konsep itu dikritik pesaing politik PAS sejak idea tersebut diketengahkan.
Kata Nik Aziz(gambar), berkebajikan itu ialah perkara
yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama
ada di dunia dan di akhirat.