Feb 27, 2011

Kerajaan Negeri Pahang Tergamak Memotong 10% Daripada Peruntukan Sekolah Agama Rakyat


Memalukan, "Kerajaan Negeri Pahang" Pimpinan Orang 'Melayu Islam UMNO' Tergamak Memotong 10% Daripada Peruntukan Sekolah Agama Rakyat

Ketika merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG SMA Al-Khairiah Temerloh tahun lalu, Pegawai Khas Agama Menteri Besar Pahang iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad mencadangkan Sekolah Agama Negeri (SAN) diserahkan kepada Kerajaan Pusat, dengan hujah, 18 SAN yang ada di Pahang ini daif, sempit dan ketinggalan termasuklah tidak ada padang permainan. Beliau ketika itu memberi bandingan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang diserahkan kepada kerajaan BN melalui SABK, katanya, sudah pun jauh maju ke hadapan. Kenyataan beliau itu telah mendapat reaksi keras dan kecaman daripada ibu bapa pelajar yang hadir . Mereka berpendapat, sebagai pegawai yang berkhidmat di bawah negeri, Syed Ibrahim sepatutnya berikrar mengekalkan SAN yang ada di bawah kuasa Sultan dan bukannnya dengan mudah untuk menyerahkan sekolah terbabit kepada Kerajaan Pusat. Tindakan beliau jelas sekali menghina kemulian Sultan itu sendiri sebenarnya. Inilah bukti sikap biadap pemimpin UMNO BN terhadap rakyat terutamanya umat Islam di negeri Pahang ini sebenarnya. Beliau yang merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau jelas sekali tidak layak untuk menjadi Pembantu Khas Agama MB, jika inilah bahasa yang diucapkan ketika itu. Ternyata fenomena yang berlaku sekarang 18 buah Sekolah Agama Negeri di Pahang kini memang berada dalam keadaan daif dan cukup menghibakan sebenarnya. Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob (foto), nyata mengabaikan nasib sekolah-sekolah agama di negeri ini. Disaat, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sibuk menambah peruntukan untuk sekolah agama malah mereka yang terbabit dengan agama di negeri masing-masing, tiba-tiba terdengar berita Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh orang Melayu Islam UMNO memotong 10% peruntukan kepada sekolah agama di negeri ini. Jika benar dakwaan tersebut, ianya sungguh memalukan dan ternyata UMNO BN gagal membela nasib pendidikan Islam di negeri ini sebenarnya. Syed Ibrahim selaku Pegawai Khas Agama kepada MB harus bertanggungjawab atas perkara ini. Ternyata apa yang ditakuti rakyat kini menjadi kenyataan dan itulah realitinya sekarang ini.

Syed Ibrahim ketika menyampaikan hadiah di Hari Pemuafakatan
dan anugerah kecemerlangan Sek.Agama Al-Khairiah Temerloh

[Dalam keadaan kerajaan negeri sibuk meluluskan kawasan balak, lombong bijih besi dan lain-lain kepada proksi-proksi dengan mendapat untung besar jutaan ringgit. Tiba-tiba mereka tergamak pula menyiksa pihak yang bertanggungjawab untuk membangunkan syiar agama Islam di negeri ini. Malah, MB Pahang sendiri dipercayai adalah Exco Agama Kerajaan Negeri Pahang sebenarnya. Sesungguhnya tindakan ini jelas amat memalukan dan wajar diberi perhatian oleh seluruh rakyat. Mereka sebenarnya tidak layak lagi untuk mentadbir negeri ini jika itulah keadaannya yang berlaku. Mereka sanggup memperkayakan proksi-proksi UMNO BN tetapi sanggup mendera rakyat dengan berbagai tindakan yang jelas sekali tidak boleh masuk dek akal. Apakah MB Pahang takut dan gusar rakyat "faham agama", lantaran akan menolak UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang agaknya?. Justeru itu, fikirkanlah nasib agama jika inilah senario yang berlaku. Marilah sama-sama kita berubah dan lakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang hendaknya. Difahamkan alasan yang diberikan atas tindakan ini adalah sebagai langkah penjimatan kononnya. Walhal, mereka sanggup menghabis duit untuk tujuan lain sebaliknya gagal membela nasib sekolah agama itu sendiri. Jika inilah keadaannya, maka jauh lebih elok Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guang Eng mentadbir dan meningkatkan martabat pendidikan agama Islam di negeri itu. Oleh itu, seluruh rakyat Pahang diminta membuka mata serta hati melihat apa yang berlaku ini]

Feb 26, 2011

Perlu Amanah Memilih Pemimpin- Presiden PAS



E-mailCetakPDF
IMG_0167TEMERLOH: Pengundi Dun Kerdau diingatkan supaya memahami betul-betul  tujuan mereka memilih pemimpin sebagai suatu amanah yang datangnya dari ajaran agama Islam dan bukannya hanya terpedaya dengan tawaran kebendaan sebagaimana yang diamalkan dalam budaya politik Umno kata Presiden PAS, Tuan Guru, Dato Seri Abdul Hadi Awang.
Berucapa pada ceramah sempena pilihanraya kecil Dun Kerdau di Desa Murni, dekat sini sebentar tadi Abdul Hadi berkata budaya politik kebendaan yang diajar pemimpin Umno menyebabkan pemikiran rakyat menjadi rosak dengan nilai harga diri yang rendah.
Keadaan ini kata Abdul Hadi diburukkan lagi dengan tindakan ulama dalam Umno yang menyatakan agama suku politik suku, sedangkan Nabi Muhamad mengajar umatnya tentang semua perkara dari sekecil-kecilnya hingga kepada sebesar-besar  perkara termasuk urusan memilih pemimpin dan berpolitik.
"Kita berjalan di sunatkan dengan memulakan kaki kanan, siapa yang ajar,  bukan ibu bapa kita ajar tapi Nabi kita yang ajar. 
hadi_diDesa_Nurni
Kita makan disunatkan dengan tangan kanan, bukan ibu bapa kita yang ajar, nabi kita yang ajar. kalau soal makan, soal berjalan Nabi kita ajar, takkan urusan memilih pemimpin dan berpolitik Nabi kita tak ajar," soal Abdul Hadi.
Tambah Abdul Hadi pengundi di kawasan Dun Kerdau mesti memilih pemimpin yang berani bersuara yang datangnya dari PAS dan Pakatan Rakyat bagi memperkuatkan suara pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Pahang.
"Kita telah ada dua Adun sekarang ini, pengundi Dun Kerdau mesti bijak memilih  pemimpin dan mesti memilih dengan penuh amanah dan bertanggung jawab kerana ianya akan dipersoalkan apabila bertemu Allah nanti," katanya.

Turut berceramah Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Wan Nik Zawawi Nik Salleh, Timbalan PKR Pahang, Ahmad Nizam Abdul Hamid  dan Ketua Penerangan PAS Pahang yang juga calon PAS, Hassanuddin Salim.


Read more: http://www.pahangkini.net/berita/berita-nasional/297-perlu-amanah-memilih-pemimpin-presiden-pas#ixzz1F29PYWLw

Feb 20, 2011

Selamat jalan Umno... kahkahkah...


PAS Mesti Segera Merngantikan Umno!

Oleh: WFAUZDIN NS
ISLAM mengajar kita agar kasih dan cinta kepada bangsa, suku atau kaum kita sendiri kerana kejadian manusia berbagai bangsa dan kaum ini dicipta Allah untuk saling kenal mengenal dan kasih mengasihi.

Apabila Allah mengajar tentang sifat kasih mengasihi sesama manusia walaupun terdiri dari berbilang bangsa, ini bererti sesuatu bangsa atau kaum tidak boleh menzalimi atau tidak berlaku adil kepada bangsa dan kaum yang lain.

Kasih keterlaluan terhadap bangsa sendiri sehinggakan tidak berlaku adil kepada kaum yang lain apatah lagi kasihnya kepada bangsa melebihi kasih dan taat kepada agama itu sesuatu yang dilarang oleh Allah dan itulah sifat Assobiyyah yang sesat.

Umno sebuah parti yang terang dan nyata sekular kerana Umno adalah parti kebangsaan yang sering menonjolkan ketuanan Melayu semata-mata sehinggakan bangsa lain merasa seperti tidak mendapat keadilan. Sekularnya Umno adalah kerana memisahkan agama dengan politik dan dasarnya yang tidak menjurus ke arah menegakkan hukum Islam bahkan komited menentang perjuangan Islam. Islam di dalam Umno umpama wanita menampalkan gincu dibibir.

Umno berjuang kununnya untuk menyelamatkan Melayu, dan perjuangan itu tidak salah di sisi Islam, namun harus diingat Melayu tidak akan selamat jika terus memperjuangkan ketuanan Melayu tanpa memperkasakan Islam. Hanya Islam yang mampu menyelamatkan semua bangsa kerana kepimpinan Islam menekankan amanah, bukan bersifat menindas antara satu sama lain. Tuan Guru Hj Hadi menyebut, “Kita kena yakin kalau Melayu nak selamat maka Melayu hendaklah tegakkan Islam. Kalau tegakkan Melayu, Melayu tak akan selamat kerana Islam memang dipelihara oleh Allah SWT,” (Harakahdaily).

Sejarah lampau boleh dijadikan bukti bahawa selama lebih kurang 50 tahun Umno berkuasa di negara ini, di mana letaknya kehebatan orang-orang Melayu? Apakah Melayu di negara ini menguasai ekonomi? Di dalam senarai 10 terkaya di negara ini, berapa orangkah Melayu di situ? Ini bukti jelas betapa Umno gagal menyelamatkan orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu di negara ini seperti merempat di negara sendiri. Masalah kemiskinan, pendidikan dan masalah sosial di negara ini dijuarai oleh kaum Melayu.

Usah bicara tentang Islam kerana Umno tidak menunjukkan minat untuk menegakkan hukum Islam di negara ini. Umno gagal membela Melayu dan lebih gagal lagi parti sekular ini di dalam mendaulatkan Islam. Umno kehilangan Melayu dan Islam. Ini adalah kerana Umno hanya mementingkan Melaayu sehingga mengenepikan Islam.

Justeru itu, kita tiada pilihan selain dari memilih PAS yang meletakkan Islam jauh lebih tinggi darjatnya dari Melayu. Kesimpulannya, jika kita sayang kepada Melayu, kita mestilah terlebih dahulu mematuhi ajaran Islam. Melayu hanya boleh selamat dengan Islam bukan dengan Umno

Feb 19, 2011

Cayalah! Bob Lokman Sertai PAS


 
Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah sebentar tadi. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada DS Ustaz Azizan Razak, MB Kedah Darul Aman.


Majlis ini telah dihadiri lebih 30 ribu pemuda dari seluruh negari. Kontinjen Negeri Kedah lebih dari 7 ribu. Selain itu, negeri Terengganu Darul Iman dan Selangor Darul Ehsan berjaya menghantar ramai pemuda ke Himpunan ini

Kesesakan jalanraya sepanjang lima kilometer di laluan ini dikawal dengan baik oleh para unit AMAL malaysia. Allah Akbar..!!!

Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan perbarisan kontinjen dengan lagu Negaraku, lagu PAS dan lagu Amal. Ucapan Alu-aluan oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ahmad bin Yahya. Seterusnya ucapan oleh Pengarah Himpunan 30K. Ustaz Nasarudin Tantawi menyampaikan amanat untuk para pemuda agar berjuang dengan lebih gigih untuk menjana kemenangan.


 


Seterusnya ucapan perasmian oleh DS Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau begitu bersemangat dan gembira dengan himpunan yang besar begini. Dalam ucapannya beliau menyindir UMNO dengan katanya ‎'umno kini macam nyamuk kena ubat nyamuk, pening'. Selain beliau mengingatkan media agar tulis bagi betul ‎'Hari ini pemuda PAS berhimpun 30 ribu, tapi esok surat khabar tulis 300 sahaja".. 


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1EPuS7SkQ

PAS Umum Calon PRK Kerdau Dan Merlimau Khamis Ini

ALOR SETAR 19 Feb: PAS akan mengumumkan calon untuk bertanding pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang serentak dengan nama calon bagi DUN Merlimau, Melaka Khamis ini.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata nama calon bagi DUN Kerdau akan diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan nama calon DUN Merlimau.
"Walaupun masa agak suntuk kerana SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) baru menetapkan pilihan raya kecil Kerdau diadakan serentak dengan Merlimau semalam,tapi tiga nama telah disenarai pendek untuk Kerdau.
"PAS dah kenal pasti nama-nama ini dari awal lagi dan apabila berlaku kematian, PAS teliti semula nama-nama ini sebelum disenarai pendek," katanya kepada pemberita pada Perhimpunan 30,000 Pemuda PAS di Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.
Tuan Ibrahim berkata PAS akan mengadakan mesyuarat khas esok untuk membincangkan mengenai pilihan raya kecil DUN Kerdau.
"Persiapan dilipatgandakan di peringkat unit peti undi dan semua lokaliti dan PAS berharap dapat memperbaiki jumlah majoriti dan dapat keputusan lebih baik," katanya.
Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari Barisan Nasional (BN) pada 12 Februari lepas. Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.
Sementara itu, kerusi Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN, meninggal dunia pada 20 Januari lepas.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang.
Semalam SPR menetapkan pilihan raya kecil DUN Kerdau dan DUN Merlimau diadakan serentak pada 6 Mac ini, manakala tarikh penamaan calon bagi kedua-dua DUN itu ditetapkan pada 26 Februari ini.

Feb 15, 2011

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL TGNA



12 Rabi'ul Awal 1432 H | 15 Februari 2011

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan kita keizinan untuk terus berada di dalam bulan Rabiul Awwal untuk tahun ini. Rabiul Awwal sebagaimana yang kita maklum merupakan bulan di mana umat Islam khususnya di Malaysia menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah SAW. Sekalipun seringkali saya ulangi, peristiwa kelahiran baginda Rasulullah SAW tidaklah sebesar peristiwa perlantikan baginda sebagai rasul kerana kelahiran adalah peristiwa yang berlaku kepada semua manusia. Namun tidaklah dinafikan bahawa pada bulan inilah umat Islam keseluruhannya memperbaharui kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dengan mengadakan majlis-majlis maulud di sana sini khususnya di negara ini.

Sehubungan dengan itu, sukalah saya mencadangkan agar pengisian Maulidur Rasul pada tahun ini menumpukan kepada isu-isu semasa yang sedang berlaku di sekitar umat Islam pada hari ini. Topik-topik semasa ini perlu diketengahkan memandangkan al-Quran sendiri yang merupakan sumber hokum di dalam Islam diturunkan selama 23 tahun. Tujuan penurunan al-Quran selama 23 tahun ini tidak lain hanyalah bertujuan untuk menyesuaikan penurunan ayat-ayatnya dengan senario semasa yang sedang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.


Kedua, para penceramah perlulah mengingatkan masyarakat umat Islam bahawa dunia ini milik Allah SWT. Setinggi manapun pangkat yang kita miliki, kita hanyalah penumpang di bumi Allah SWT. Sebagaimana kita menumpang di rumah orang lain, kita tidak bebas melakukan perkara yang kita ingini jika tidak dengan persetujuan tuan rumah. Di bumi ini, kita hanya boleh melakukan perkara yang dikehendaki oleh Tuan Punya bumi iaitu Allah SWT. Justeru, tidak ada kuasa yang akan kekal selama-lamanya melainkan kuasa Allah. Di Mesir dan Tunisia, kita baru menyaksikan kebangkitan besar-besaran rakyat menentang kuasa rejim yang berkuasa begitu lama menunjukkan bahawa setiap penguasa pasti akan menemui saat di mana kuasa mereka akan diambil balik oleh Allah SWT.


Ketiga, saya berharap agar ditonjolkan kehebatan Rasulullah SAW sebagai pentadbir negara. Baginda mentadbir negara 
Islam Madinah dengan mengutamakan pembersihan kalbu terlebih dahulu. Sebagai seorang ahli politik yang dipandu oleh Allah SWT, baginda tidak meletakkan agenda pembangunan fizikal sebagai agenda utama sehingga mengenepikan pembangunan rohani.



Justeru, kita boleh menyaksikan bagaimana sepanjang 10 tahun baginda menjadi ketua negara Islam Madinah, hanya sebuah sahaja bangunan yang didirikan iaitu masjid baginda sendiri. Ini kerana, baginda membangunkan hati dan roh. Lahirlah generasi sahabat yang hebat hasil dari tarbiyyah dan asuhan baginda. Melalui asuhan inilah, manusia mengenali halal, haram, dosa, pahala, syurga dan neraka. Hakikatnya, pembangunan modal insan yang kini disebut-sebut semula oleh sebahagian daripada kalangan kita telah lama disebut oleh Allah SWT yang bermaksud :

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah, sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, apabila dia merasakan dirinya cukup (sebagai satu penyakit qalbu). Sekali-kali tidak, (penawarnya ialah meyakini) sesungguhnya kamu akan kembali kepada tuhanmu. – Surah al-Alaq, ayat 1-7.


Perhatikanlah ayat-ayat di atas yang mengulangi perkataan al-insan yang bermaksud manusia sebanyak tiga kali. Inilah aspek yang perlu diberikan keutamaan pada hari ini. Apabila pembangunan insan dilaksanakan mengikut acuan Islam, tidak akan berlaku lagi budaya khianat, pecah amanah, salah guna kuasa dan sebagainya di kalangan rakyat termasuklah pemimpin. Masyarakat pula khususnya remaja yang terdidik dengan rasa takut terhadap azab Allah SWT akan menjauhi pergaulan bebas, zina, sumbang mahram, buang bayi dan sebagainya. Sekalipun perbuatan-perbuatan dosa ini tidak diketahui oleh manusia, ia tetap dihitung oleh Allah SWT. 


Inilah kejayaan asuhan Rasulullah SAW dan ini terbukti apabila pernah seorang wanita datang kepada baginda mengaku bahawa dirinya telah berzina serta memohon untuk dihukum hudud dengan segera ekoran ketakutannya menghadapi azab Allah SWT di akhirat kelak. Agenda pembersihan kalbu seperti inilah yang langsung tidak ada di dalam sistem sekular. Sekular yang hanya mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata pastinya tidak akan berbicara walaupun sepatah mengenai pembersihan kalbu.


Keempat, perlulah diingatkan bahawa Islam datang selari dengan fitrah manusia. Maulidur Rasul ini perlulah dijadikan satu kesempatan untuk menonjolkan kebaikan Islam kepada non muslim khususnya bukan hanya melalui perarakan besar-besaran sahaja tetapi juga melalui nilai-nilai Islam yang bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia. Islam melarang perkara-perkara munkar yang sememangnya tidak diterima oleh fitrah manusia. Mencuri, merompak, berzina, rasuah, pecah amanah, khianat dan semua perkara yang dilarang oleh Islam hakikatnya juga tidak diterima oleh fitrah manusia. Demikianlah juga perkara-perkara makruf yang digalakkan oleh Islam juga pada hakikatnya diakui oleh fitrah manusia sebagai perkara-perkara yang baik.


Akhir kata, saya mengharapkan sambutan Maulidur-rasul pada kali ini benar-benar memberikan manfaat untuk semua khususnya di dalam meningkatkan kefahaman kita kepada Islam yang syamil (komprehensif) yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW.

PERUTUSAN PRESIDEN SEMPENA MAULIDURRASUL

 Blogger Tricks

RASULULLAH SAW BERI CONTOH TELADAN POLITIK ISLAM / رسول الله بري چونتوه تلدان ڤوليتيک اسلام

>> 15 FEBRUARI 2011


KUALA LUMPUR, 15 Feb: Pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ianya membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

"Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini.

"Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat," ujarnya dalam perutusan sempena Maulidur Rasul 1432H.
Berikut perutusan penuh beliau.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.

Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.

Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
12 Rabiul Awal 1432H/15 Februari 201

Feb 13, 2011

Al-Fatihah, Adun Kerdau meninggal dunia


ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.



NONEAllahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.

"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan. Baca selanjutnya disini.

Belum sempat proses penamaan calon berlaku di Merlimau, Melaka, seorang lagi Adun meninggal dunia.

Selepas ini, negeri Pahang yang merupakan negeri perdana menteri akan dipenuhi manusia. Terutamanya politikus dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Rakyat Kerdau akan menerima rezeki yang besar atau dalam istilah ekonomi dipanggil "economic stimulus package".

Feb 12, 2011

Mubarak Tersungkur, Golongan UMNO Kecut Perut - Buat Laporan Anwar Nak Cabut Lari!


Golongan berbadan gempal dan bersongkok tinggi (PERKASA) meneruskan tugas dan peranan mereka - membuat laporan polis - kononnya Dato' Seri Anwar Ibrahim akan melarikan diri ke luar negara sekiranya beliau dijatuhi hukuman bersalah dalam kes Sodomi 2.

Antara negara yang didakwa akan membantu Anwar melarikan diri ialah Australia, Turki dan Amerika Syarikat. Puak ini terlupa memasukkan sebuah lagi kuasa tanpa negara - Israel.

Jika tidak, pasti Hishamuddin Husein terkejut berok sekali lagi seperti mana beliau 'mendengar tanpa membaca' laporan mengatakan Anwar TIDAK ditaja oleh kumpulan pelampau Asia Barat dan terus mengarahkan pihak SB melakukan siasatan. Namun begitu, tunggu sajalah selepas ini, si Hishamuddin pasti melatah mengarahkan pihak polis, imigeresen mengambil tindakan segera.

Yang hebatnya mengenai golongan berbadan gempal ini, mereka kerap mendapat maklumat sulit berprofil tinggi yang melibatkan pemimpin pembangkang tetapi pekak, buta dan tuli dengan pelbagai maklumat, bukti penyelewengan yang melibatkan ratusan billion Ringgit duit Rakyat yang 'telah melarikan diri' ke luar negara.

Duit komisen pembelian kapal selam berjumlah lebih setengah billion Ringgit yang telah dibawa lari oleh sahabat baik isteri Rosmah, boleh disenyapkan begitu saja. Begitu juga dengan kes pembunuhan seorang warganegara Mongolia yang mempunyai hubungan dengan sahabat baik isteri Rosmah.

Dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pihak pembangkang, PERKASA mempunyai saluran maklumat dan inteligen yang lebih hebat dan boleh memalukan PDRM.
-wargamarhaen

Sebelum ini, Putar belit memalukan oleh Utusan Merapu tentang isu perobohan gerai di Pulau Pinang dibongkarkan oleh anak buahnya sendiri si Kosmo

Apa yang membuatkan kambing terberak-berak sambil menangis ialah, blogger gerombolan songkok tinggi memainkan isu kononnya Kerajaan Pulau Pinang yang bercita-cita mahu menjadi seperti Khalifah Umar Abdul Aziz anti kepada orang Melayu.

Demi meraih sokongan orang Melayu geng songkok tinggi menyebarkan cerita kononnya Kerajaan Pulau Pinang berat sebelah. Geng songkok tinggi kata kerajaan Pulau Pinang hanya merobohkan gerai orang-orang Melayu, sebaliknya gerai orang cina dibiarkan terus meniaga.

Namun begitu, menyedari permainan politik kotor yang dimainkan oleh geng songkok tinggi akan meningkatkan sokongan orang cina kepada Guan Eng, Gerombolan video lucah yang berkiblatkan pelakon video lucah terkenal Chua Soi Lek telah bertindak membongkarkan penipuan geng songkok tinggi.









Gerombolan video lucah tampil dengan bukti-bukti berupa gambar, video dan dokumen yang menunjukkan bahawa segala fakta geng songkok tinggi hanyalah tipu semata-mata. Geng video lucah pula cuba membuktikan bahawa sebenarnya Kerajaan Pulau Pinang anti kepada kaum cina kerana kerajaan Pulau Pinang sebenarnya merobohkan gerai-gerai orang cina.


Geng songkok tinggi kata Kerajaan Pulau Pinang anti Melayu, tapi gerombolan video lucah kata kerajaan Pulau Pinang anti Cina. Mana yang betul? Cerita sebenarnya Kerajaan Pulau Pinang robohkan kedai haram yang tak berlesen kah kah kah.

Feb 8, 2011

Betul Kata Tok Guru Nik Aziz Bahawa Pengundi UMNgOk Jahil Dalam PRK Tenang

Padan muka pengundi Tenang yang pilih UMNgOk sebagai tok wakil mereka. Benarlah apa yang dikatakan oleh Tok Guru Nik Aziz bahawa pengundi UMNgOk adalah pengundi jahil. Atau erti kata lain tak bertamadun. Yelah, dahla piligh pemimpin yang roswah dan busuk dari parti sekular itu, pastu pilih pula wakil rakyat yang akan didakwa di Mahkamah isnin ini. Kalau mahkamah isytiharkan Adun baru UMNgOk ini bersalah dan muflis, tak ke akan ada satu lagi PRK di sana. Memang jahil betul pengundi sana memilih wakil rakyat yang terpalit dengan kes jenayah..
MAHKAMAH TETAPKAN SEBUTAN KES ADUN BN TENANG 7 FEBRUARI INI
Adun BN DUN Tenang akan menghadapi satu kes mahkamah pada 7 Februari ini kerana di saman semasa bertugas sebagai ADO Segamat sebelum ditukarkan ke Pejabat Daerah Kecil Rengit.
Rakyat DUN Tenang terutama pengundi memang silap besar mengundi dan memilih Mohd Mohd Azahar Ibrahim sebagai YB mereka yang terbukti cuai dan lalai ketika menguruskan hal tanah di daerah Segamat lapan tahun lalu.
Mohd Azahar ketika itu memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.
Bagaimanapun keputusan mahkamah tidak memihak kepada Mohd Azahar.
Menurut Salahuddin, saman tersebut dibuat oleh pihak ketiga yang telah membeli tanah seluas lapan ekar yang berharga RM70,000.
Pendengaran kes tersebut ditetapkan 7 Februari ini di Mahkamah Tinggi Muar.
Mohd Azahar tempohari berkata perkara tersebut telah selesai dan berkata beliau hanya bertindak mengikut prosedur yang ditetapkan.
"Bagaimanakan YB Umno-BN dengan mudah menyatakan isu tersebut sudah selesai sedangkan akibat kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa telah menyebabkan pembeli (tanah itu) yang membeli secara tidak sah menyaman calon Umno-BN, Pentadbir Tanah Daerah Segamat, Pejabat Tanah Daerah Segamat dan kerajaan negeri Johor sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi berjumlah lebih kurang RM1.5 juta.