Jan 31, 2011

KENAPA HUDUD TIDAK DILAKSANA DI KELANTAN?

Mungkin masih ramai pembaca yang tidak mengetahui mengapakah Kelantan masih tidak menjalankan hukum hudud sedangkan draf hukum hudud Kelantan sudah disiapkan. Ramai di kalangan blogger-blogger pro UMNO termasuk papa gomo yang terkenal bebal ini menyebarkan propaganda kononnya PAS sendiri yang tidak mahu menjalankan hukum hudud.

Hal ini sebenarnya sudah dibincangkan dan dijelaskan berpuluh kali suatu ketika dahulu. Namun generasi baru mungkin memerlukan pencerahan memandangkan blogger upahan UMNO seringkali memutar belitkan hal ini dengan membuat propaganda kononnya Kelantan tidak mahu menjalankan hukum hudud.

Fakta yang sebenarnya ialah, Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah datang ke Negeri Kelantan dan memberi amaran kepada kerajaan Negeri Kelantan memberi ugutan, sekiranya PAS menjalankan Hukum Hudud di Kelantan, Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan dan boleh mengistiharkan daruratserta menggantung perlembagaan Kelantan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1977.

Hal ini dijelaskan sendiri oleh Tuan Guru haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam ucapan terbarunya berkenaan isu hudud di hadapan kira-kira 160 bloggers di Grand Season Hotel Kuala Lumpur [Malaysiakini]



Ajaran Islam meliputi semua aspek di dalam kehidupan, bukan semata-mata Hudud sahaja yang harus diperjuangkan. Hukum Hudud hanyalah bahagian kecil yang meliputi aspek perundangan di dalam islam.

Banyak lagi perkara lain di dalam Islam yang harus diperjuangkan baik dari segi ekonomi, akhlak, kebajikan, kejujuran dan sebagainya. Jika semata-mata kerana perjuangan menegakkan hukum hudud negeri Kelantan dirampas, ternyata satu tindakan yang tidak bijak!

Apapun Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil langkah-langkah bijaksana dan berhikmah untuk memartabatkan Islam sebagai cara hidup secara berperingkat. Banyak perkara yang harus ditangani terutama serangan dari UMNO dan sekutunya yang sering kali menentang Islam.

Jelas sekali Tun Mahathir yang menentang keras perlaksanaan undang-undang hudud dengan mengugut kerajaan pusat akan mengambil tindakan, namun hal ini sengaja diputar belitkan dengan mengatakan kononnya PAS yang tidak mahu kepada hukum hudud.

Nuffnang Ads



Jan 29, 2011

Subhanallah… Ada Sungai dalam Laut



Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan
Sungai dalam Laut
“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Jan 22, 2011

KENAPA UMNO SEMBUNYIKAN CERITA INI DARI PENGETAHUAN RAKYAT?


Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah. Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita..

Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha). Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
KMM ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Antara pemimpinnya adalah; Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy. Semasa perang dunia ke-2, (1942 – 1945) Jepun telah menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941 dan KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM kerana perjuangan kemerdekaan Malaya.

Selepas tamat peperangan dunia pertama dan berundurnya Jepun dari tanah Melayu satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
PKMM Ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA serta benderanya ialah MERAH-PUTIH. Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.

Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir. PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya



1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.





2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.









3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.








4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.








5.Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.








6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.















7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan
penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.









8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8.Kesatuan Opera Melayu.

9.Persatuan Pemandu Teksi.

10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA. Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL. HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.


Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai Umno), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, telah menolak perlembagaan rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.

Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar. British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.

Speaker: Badrul tipu, SPR diberi notis kekosongan

Speaker dewan undangan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim mendakwa ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menipu berhubung kehadirannya pada sidang DUN November lalu.

Pada sidang akhbar hari ini, Teng berkata cara Badrul Hisham mempertahankan dirinya sebagai satu pembohongan besar.

NONE"Saya ingin gunakan peluang ini bagi menafikan kenyataan yang dibuat oleh Badrul Hisham yang mendakwa beliau hadir pada majlis perasmian sidang dewan undangan negeri pada 8 November.

"Hanya ada satu majlis pembukaan rasmi. Bagi sesi ketiga sidang dewan undangan negeri ke-12 diadakan pada 12 April dan dirasmikan oleh Sultan Selangor.

“Sidang pada November adalah pembentangan belanjawan tahunan di mana tidak ada pembukaan rasmi diadakan,” kata Teng.

Rabu lalu, Teng mengisytiharkan kerusi Pelabuhan Klang kosong selepas Badrul Hisham gagal menghadiri sidang dewan tanpa cuti sejak 16 Julai tahun lalu.

NONETeng juga berkata beliau telah mengemukakan notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan kekopsongan kerusi itu hari ini. SPR mempunyai 60 hari bagi mengadakan pilihan raya kecil.

Katanya, memandangkan kerusi itu telah diisytiharkan kosong, Badrul Hisham tidak akan dibenarkan menghadiri sidang dewan undangan negeri pada Isnin ini.

NONE"Hanya ADUN sahaja dibenarkan masuk ke dewan,” katanya.
Diminta mengulas tentang kemungkinan Badrul Hisham mencabar perisytiharan itu di mahkamah, Teng berkata: "terserahlah."

Mengulas laporan berita kononnya perisytiharan itu mempunyai tujuan politik, beliau berkata ia adalah keputusan beliau sebagai speaker dan bukan oleh Pakatan Rakyat.

Kata Teng SPR perlu menerima hakikat bahawa Undang-undang Tubuh Negeri Selangor menyebut dengan jelas bahawa speaker mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan sesuatu kerusi.


Jan 11, 2011

Isa buat ugutan bodoh pada kakitangan Felda

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 11 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan tindakan Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad yang dengan angkuhnya mengugut untuk memecat mana-mana kakitangan Felda yang didapati menyokong Pakatan Rakyat. Ugutan itu disampaikan dalam pertemuan sulungnya dengan seluruh kakitangan Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney semalam.
Menurut pemangku ketua DPPWP, Herman Samsudeen, majoriti kakitangan Felda yang hadir, berbisik sesama sendiri mengutuk kesombongan Isa yang mahu menunjukan kuasa itu sementara mereka yang menyokong BN pun naik meluat dengan beliau.
Baginya,ugutan terbuka itu menggambarkan betapa terdesaknya Barisan Nasional untuk mengembalikan sokongan kakitangan dan seluruh peneroka Felda kepada Barisan Nasional menjelang PRU-13.
“Inilah budaya lapuk BN, bila terdesak mereka akan mengugut dan menekan kakitangan Kerajaan dan agensi yang berkaitan supaya terus menyokong BN,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, kalau 10 atau 20 tahun lalu, bolehlah beliau buat ugutan begitu kerana pada masa itu rakyat tak celik undang-undang dan pelembagaan.
Hakikatnya, kata beliau Isa tidak boleh sesuka hati memecat kakitangan Felda yang menyokong Pakatan.
Tambahnya, hak setiap kakitangan Felda untuk menyokong mana-mana pemimpin dan parti yang disukainya dalam pilihanraya adalah hak yang dijamin Perlembagaan.
“Adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan Felda, dan beliau boleh diheret ke mahkamah selepas itu,” ujarnya lagi.
Dalam pertemuan itu, Isa dilaporkan turut mengakui bahawa BN kini kehilangan majoriti sokongan kalangan generasi ketiga Felda yang kini lebih menyokong perjuangan Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) yang dipengerusikan oleh AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman.
Herman menambah, beberapa pegawai kanan Felda Holdings juga telah melaporkan bahawa pejabat-pejabat utama Felda telah dimasuki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes-kes yang dibongkar oleh Anak baru-baru ini.
Katanya, kemenangan peneroka Felda Kemahang Tiga dan Felda Sungai Koyan dalam saman mereka tahun lepas juga turut memberikan tekanan kepada BN yang akhirnya menggantikan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Yusof Noor yang dianggap terlalu lemah dengan Isa yang baru sahaja kembali menjadi Adun Bagan Pinang.
Sehubungan itu, DPPWP mengesa supaya pihak SPRM meningkatkan pemantauan kepada organisasi Felda di bawah pengurusan Isa, kerana rekod sudah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih.
“Skandal rasuah beliau ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan tidak mudah dilupakan rakyat. Begitu juga dengan rasuah yang beliau tebarkan sepanjang kempen di Bagan Pinang tahun lalu.
“Kenapa orang sebegini masih mendapat tempat dalam organisasi seperti Felda. Apa agenda Najib sebenarnya?” katanya.
Justeru, DPPWP menggesa agar warga Felda meningkatkan sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan nasib mereka sama ada golongan peneroka atau pengurusan Felda di Jalan Gurney dapat terus dibela dan organisasi Felda dapat dibersihkan dari pemimpin yang korup dan suka mengugut.
“Jika BN kalah dalam PRU-13 dengan sokongan kakitangan Felda, Isa pasti akan dihumban keluar dari Pejabat Pengerusi Felda.
Jadi, sebelum itu semua berlaku, lebih baik dia letak jawatan hari ini dan meminta maaf kepada semua warga Felda atas ugutan bodoh yang dilakukannya itu,” ujarnya.

BUKTI UMNO MENDERHAKA KEPADA RAJA RAJA MELAYU













MACAM BIAWAK LIDAH BERCABANG

Umno sampai bila pun tak reti nak rasa malu

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1Ai0VTG00

Al Kisah Mat Isa Samad Jadi 'Raja Felda'


dari blog://ibnu-ismail.blogspot.com/

Semua orang kenal Mat Isa. Antara MB paling lama berkuasa; sebanding dgn tempoh kekuasaan Dr Mahathir sebagai PM.

Mula jadi MB tika stesen bas Seremban masih dengan menara jam pendeknya, hinggalah terbinanya Terminal Satu yang dirasmikan TPM masa tu (Anwar) dan dilanjutkan lagi kuasanya sampai datang Mat Hasan (1982-2004).

22 tahun memerintah, Seremban pesat membangun. Tapi apa jasanya pada orang Felda. Memang dulu orang Felda di N9 kuat menyokong Mat Isa. Mereka dibiarkan hidup susah. Dekat-dekat pilihanraya, Mat Isa dan konconya mula menyengeh usung guni beras bagi bantuan kepada para peneroka. Apa orang Felda kata masa tu? "Ekau tengok pemimpin kito tu jang. Sanggup dio ghodah belantaro nak bagi sumbangan kek kito..."

Tanpa disedari orang Felda, dalam diam Mat Isa atur rancangan untuk jual tanah orang Felda. Sebagai umpan, LBJ dikorbankan. Orang Felda LBJ dianugerahkan -+RM1juta dengan menjual tanah ladang mereka.

Terpedaya dengan apa yang orang LBJ dapat, orang Sendayan pula menerima tawaran PKNNS untuk jual tanah ladang sawit mereka kepada Malaysian Helicopter. Tapi ada juga sekitar 50 orang peneroka yang agak cerdik enggan bersetuju dengan tawaran Mat Isa tu. Malangnya Mat Isa rampas tanah mereka dengan menggunakan Akta GSA.

Saya masih ingat sekitar tahun 1999, beberapa orang pemimpin Umno Felda Sendayan datang ke rumah saya di Seremban mengadu hal mereka ditipu. Saya tanya, "Tipu macam mana?"

Mereka jawab, "Geran tanah kami mereka dah ambil. Mat Isa janji nak bayar berperingkat. Mula-mula sign aggrement, bayar 10% (RM100k-130k). Bayaran kedua selepas 3 bulan dan begitulah seterusnya hingga genap 2 tahun, langsai semua bayaran (antara 1 hingga 1.3 juta)."

"Tapi lepas kami sign 2 tahun lalu, tak ada apa yang kami dapat melainkan bayaran pertama sahaja. Bayaran berikutnya langsung tak dibayar. Geran kami dia dah ambil. Ada ke patut ustaz?"

Saya geleng kepala dan jawab (dalam hati), "Memang tak patutpun. Tapi lebih tak patut lagi yang korang percaya kepada penyamun dan penyangak tu apasal?"

Saya menerima jemputan pemimpin2 umno itu ke Felda Sendayan. Sungguh menyayat hati lihat rumah mereka. Ada yang rumah dah tinggal macam reban ayam. Masa dapat 100k dulu, mereka roboh rumah dengan hajat nak buat lebih besar, sebab masih ada lagi bayaran yang bakal diterima sekitar 900k. Malangnya rumah roboh, duit tak dapat.

Mat Isa pernah pergi ke Sendayan untuk berbincang, namun para peneroka yang marah telah menghalaunya macam anjing kurap. Mereka kemudian panggil Al Marhum Christopher Fernando untuk saman Mat Isa dan PKNNS. Saya hadir dalam pertemuan berkenaan. Sayangnya belum sempat kes itu dibicarakan, Fernando kembali ke rahmatullah (UP: Fernando adalah seorang Muslim).

Mat Isa juga dikatakan terlibat menggadai tanah di N9 kepada warga Singapura.

Ada yang pula yang kata Isa ni bagus, sepanjang memerintah dia telah luluskan banyak tanah kepada Majlis Agama. Tapi tak ramai yang perasan, pengerusi Majlis Agama N9 masa tu ialah MB. Bila dia luluskan tanah kepada MAINS, dia bagi projek membersihkan tanah-tanah tu kepada suku sakat dia. Sambil-sambil bersih tanah, khazanahnya disapu bersih. Berapa komisyen untuk dia sendiri wallahu a'lam lah.

Bayangkan berapa banyak tanah yang menjadi kawasan hutan tadahan hujan, menjadi padang jarak padang terkukur. Hasilnya, N9 terpaksa berhadapan dengan krisis air. Catuan dikerapkan untuk menjimatkan bekalan air.

Setelah banyak kerosakan dilakukan, Mat Isa cuba memanjat glamournya. Dalam PRU 2004 dia melepaskan kerusi Dunnya dan bertanding di kawasan Parlimen Jempul dengan harapan akan dapat kedudukan di pusat. Keputusan bertanding di Jempul menyebabkan ramai ahli umno marah kerana ia ibarat merampas kerusi Khalid Yunus yang sudah sinonim dengan Jempul sejak sekian lama. Beliau sanggup memijak kepala dan membunuh karier politik Khalid semata-mata untuk memenuhi nafsunya ke pusat.

Dah lama dia mengidam sesuatu di pusat. Bahkan Isa beberapa kali bertanding jawatan Ketua Pemuda umNO. Tapi undi yang diperolehnya jauh ketinggalan berbanding Rahim TC dan Zahid Hamidi.

Tapi strateginya kali ni menjadi apabila ditawarkan mengetuai Kementerian Wilayah Persekutuan yang baru diwujudkan oleh Pak Lah pada Mac 2004.

Dia berada di puncak glamour apabila menang jawatan Naib Presiden parti (2004) dengan mendapat undi terbanyak. Namun tak lama. Pada tahun 2005 Isa 'ditelanjangkan' oleh partinya sendiri dengan dakwaan politik wang. Dengan kata lain, Mat Isa dikatakan memenangi jawatan Naik Presiden dengan cara merasuah para perwakilan supaya mengundinya.

Dia digantung agak lama. Senyap sunyi suaranya. Hinggalah apabila YB Azman, Adun Bagan Pinang meninggal, maka Mat Isa kembali berkokok. Pengikut fanatiknya mengugut pemimpin umno supaya mencalonkan Isa dalam PRK kawasan itu. Isa menang. Menang setelah mempamerkan perlawanan paling kotor dan ganas berbanding beberapa siri PRK sebelumnya.

Penduduk Port Dickson menyaksikan bagaimana pengikut-pengikut fanatiknya yang bersenjatakan kayu menyerang bilik gerakan dan tapak ceramah parti lawan serta memukul petugas di situ hingga cedera parah. Bukan sekali dua, bahkan beberapa kali dan di beberapa tempat.

Kini Mat Isa yang sejarah kepimpinannya penuh dengan keburukan, dipalit dengan najis rasuah dan politik wang, diberi pula tugas sebagai Pengerusi Felda menggantikan Ustaz Yusuf Nor. Justeru, adakah anda yakin Mat Isa boleh menguruskan Felda dengan baik?

Mampukah imej buruk pengurusan Felda selama ini dipulihkan oleh Mat Isa? Menobatkan Isa ke takhta pengurusan Felda bagai menyerahkan reban kepada musang. Bagai melantik kucing menjaga ikan... Dan bagaikan mencantumkan dua kejahatan. Menemukan perompak dengan gudang 40 penyamun.