May 17, 2011
Sukacita dimaklumkan.. Harga Barangan dijamin naik!
Pekeliling mengenai pemansuhan diesel ini telah diedarkan pada 12 Mei lalu dan hari ini secara rasminya Kerajaan telah mengumumkan akan memansuhkan pemberian diesel super subsidy kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan berkuatkuasa pada 1 June ini..
Korang baca betul-betul apa yang tertulis tu.. Dengan hormatnya SUKACITA dirujuk kepada perkara diatas.. PEMANSUHAN KATEGORI KENDERAAN DARIPADA MENERIMA DIESEL SUPER SUBSIDY"..
Itu sebahagian dari surat pekeliling dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna kepada para pengusaha pengangkutan..
Sukanya mereka bila boleh menyusahkan rakyat..
Oleh itu kerajaan UMNO/BN juga sepatutnya mengeluarkan kenyataan SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA BERIKUTAN DENGAN PEMANSUHAN ITU, SEMUA BARANGAN KEPERLUAN AKAN MENINGKAT HARGANYA.."
Sesuai dengan slogan "Rakyat diutamakan, Pencapaian didahulukan".. keperitan hidup pasti akan dirasai oleh Rakyat..siapa yang nak kata tidak akan ada kesan kepada rakyat.. tunggulah hingga bulan june ini..
Kerajaan mansuh ‘Super Subsidy’ diesel sembilan kategori
KUALA LUMPUR, 16 Mei — Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel super subsidy kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuat kuasa 1 Jun ini.
Berdasarkan keputusan Majlis Ekonomi pada 9 Mei lepas, kategori kenderaan itu tidak lagi membeli bahan berkenaan pada harga RM1.481 seliter.
Bagaimanapun, kenderaan-kenderaan itu masih lagi menikmati subdisi dengan pengambilan di stesen minyak pada harga RM1.80 seliter.
Kategori kenderaan yang terlibat adalah Kepala Lori (Prime Mover), Kargo Am, Luton Kotak, Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van), Lori-Rigid Minuman Botol, Lori Tangki Rigid-Tepung, Lori Rigid-Refrigerated, Lori Tangki Air dan teksi limosin.
Kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata rasionalisasi pemansuhan itu dilakukan memandangkan trend harga minyak yang terus meningkat sejak Oktober lalu, yang mengakibatkan peningkatan dalam tanggungan subsidi kerajaan.
“Selaras dengan keputusan rasionalisasi pemansuhan ini, kerajaan dianggarkan dapat menjimatkan tanggungan subsidi sebanyak RM659.30 juta bagi tahun ini.
“Bagaimanapun, kerajaan masih menanggung subsidi bagi sektor pengangkutan awam sebanyak RM116 juta,” demikian menurut kenyataan itu dipetik Bernama Online malam ini.
Pun begitu, diesel subsidi untuk pengangkutan awam dan bot penumpang sungai dikekalkan selain turut mengekalkan subsidi petrol dan diesel kepada nelayan.
Katanya, subsidi bagi kenderaan pengangkutan seperti bas ekspres, bas henti-henti, bas pengantara, bas mini, bas sekolah, kereta sewa, teksi, bomba, ambulans dan kenderaan mayat dikekalkan pada harga RM1.481 seliter.
Dalam pada itu, kementerian berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kaedah dan langkah baru pada masa akan datang untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti nelayan.
Oleh kerana itu, katanya, kerajaan mengekalkan subsidi kepada sektor ini pada harga RM1.25 seliter
Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, May 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment