Feb 26, 2011

Perlu Amanah Memilih Pemimpin- Presiden PAS



E-mailCetakPDF
IMG_0167TEMERLOH: Pengundi Dun Kerdau diingatkan supaya memahami betul-betul  tujuan mereka memilih pemimpin sebagai suatu amanah yang datangnya dari ajaran agama Islam dan bukannya hanya terpedaya dengan tawaran kebendaan sebagaimana yang diamalkan dalam budaya politik Umno kata Presiden PAS, Tuan Guru, Dato Seri Abdul Hadi Awang.
Berucapa pada ceramah sempena pilihanraya kecil Dun Kerdau di Desa Murni, dekat sini sebentar tadi Abdul Hadi berkata budaya politik kebendaan yang diajar pemimpin Umno menyebabkan pemikiran rakyat menjadi rosak dengan nilai harga diri yang rendah.
Keadaan ini kata Abdul Hadi diburukkan lagi dengan tindakan ulama dalam Umno yang menyatakan agama suku politik suku, sedangkan Nabi Muhamad mengajar umatnya tentang semua perkara dari sekecil-kecilnya hingga kepada sebesar-besar  perkara termasuk urusan memilih pemimpin dan berpolitik.
"Kita berjalan di sunatkan dengan memulakan kaki kanan, siapa yang ajar,  bukan ibu bapa kita ajar tapi Nabi kita yang ajar. 
hadi_diDesa_Nurni
Kita makan disunatkan dengan tangan kanan, bukan ibu bapa kita yang ajar, nabi kita yang ajar. kalau soal makan, soal berjalan Nabi kita ajar, takkan urusan memilih pemimpin dan berpolitik Nabi kita tak ajar," soal Abdul Hadi.
Tambah Abdul Hadi pengundi di kawasan Dun Kerdau mesti memilih pemimpin yang berani bersuara yang datangnya dari PAS dan Pakatan Rakyat bagi memperkuatkan suara pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Pahang.
"Kita telah ada dua Adun sekarang ini, pengundi Dun Kerdau mesti bijak memilih  pemimpin dan mesti memilih dengan penuh amanah dan bertanggung jawab kerana ianya akan dipersoalkan apabila bertemu Allah nanti," katanya.

Turut berceramah Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Wan Nik Zawawi Nik Salleh, Timbalan PKR Pahang, Ahmad Nizam Abdul Hamid  dan Ketua Penerangan PAS Pahang yang juga calon PAS, Hassanuddin Salim.


Read more: http://www.pahangkini.net/berita/berita-nasional/297-perlu-amanah-memilih-pemimpin-presiden-pas#ixzz1F29PYWLw

No comments: